RIYADH: Arab Saudi akan melonggarkan sekatan ke atas ibadah umrah secara bertahap, selepas menggantungnya untuk membendung penularan Covid-19, lapor Saudi Gazette kelmarin.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Benten, berkata sekatan ke atas ziarah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga akan dilonggarkan secara bertahap.