Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Saingan 10 penjuru di Batu timbulkan 'persoalan'

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



PERSAINGAN 10 penjuru kawasan Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menimbulkan banyak tengkarah dan tanda tanya yang sukar digarap.



Banyak isu emosi - kesetiaan, berpaling tadah, setiakawan, perkauman - bercelaru dengan realiti yang merumitkan persoalan mengapa kawasan ini menjadi rebutan 10 orang calon.



Seramai enam orang orang calon Melayu, dua India dan dua Cina akan berentap mendapatkan keyakinan hampir 112 ribu pengundi untuk mewakili mereka di Parlimen. Lima daripada mereka adalah calon bebas.



Lebih 43 peratus pengundi adalah kaum Melayu, 30 peratus Cina dan 20 peratus India.



Anehnya, kawasan yang terletak di daerah Sentul di pinggiran bangunan pencakar langit Kuala Lumpur tidak pernah mempunyai Ahli Parlimen (AP) Melayu walaupun majoriti penduduk adalah kaum Melayu.



Ia adalah benteng kuat parti Gerakan selama 27 tahun di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum dirampas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2013 hingga 2018. Kesemua AP yang mewakili mereka adalah kaum Cina.



Tetapi pada PRU14, suatu kejutan besar berlaku.



Seorang calon bebas anak muda berbangsa India berusia 22 tahun menang dengan kelebihan lebih 24,000 undi.



Encik Prabakaran Parameswaran, seorang pelajar undang-undang, mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda pernah dilantik ke Dewan Parlimen Malaysia.



Ramai penganalisis politik waktu itu terperangkap dengan kejutan yang menafikan realiti dan fakta.



Bagaimanakah seorang pemuda India yang tidak mempunyai pengalaman politik bertanding sebagai calon bebas dalam kawasan hanya sejumlah kecil masyarakat India boleh menang besar?



Saya berpeluang bertemu Encik Prabakaran di kawasan perumahan murah Sentul pada Julai 2018, didorong pelbagai persoalan tidak terjawab untuk sebuah dokumentari televisyen.



Beliau jelas masih kurang percaya sudah dilantik menjadi Ahli Parlimen dalam usia begitu muda.



Menurutnya, beliau terpanggil membantu kaum minoriti yang mempunyai pelbagai masalah yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).



Beliau akur harapan untuk menang amat tipis kerana berdepan dengan Encik Tian Chua, ahli politik PKR veteran yang sudah dua penggal menjadi AP di situ.



Namun, apabila permohonan Encik Tian Chua bertanding dalam PRU14 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pernah didenda RM2,000 atas satu kesalahan kecil, nasib Encik Prabakaran mula berubah.



Beliau menerima sokongan padu daripada jentera pilihan raya PKR dan secara peribadi daripada Encik Tian Chua untuk menjamin kemenangan besar dan menyekat calon BN.



Tiga bulan kemudian, Encik Prabakaran menjadi anggota parti PKR.



Namun, menjelang hari penamaan calon PRU15, Encik Tian Chua diberitahu akan digugurkan daripada senarai bertanding walaupun beliau adalah salah seorang pengasas parti yang berpengaruh dan pernah menjadi naib presiden.



Encik Prabakaran enggan mengalah atau berundur daripada kawasan Parlimen Batu.



Akibat rasa terpinggir, Encik Tian Chua membuat keputusan bertanding sebagai calon bebas.



Pada hari yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memecat Encik Tian Chua daripada parti.



Namun, Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, segera membela Encik Tian Chua untuk menangguhkan pemecatan itu



Barisan Nasional juga menghadapi kerumitan dan tengkarah pencalonan di Batu.



Parti komponen Persatuan Cina Malaysia (MCA) berkeras dan yakin mereka akan menang besar jika calon mereka bertanding.



Namun, apabila Umno mengambil keputusan menamakan calon berbangsa India, Encik A Kohilan Pillay, daripada Kongres India Malaysia (MIC), MCA segera menutup pejabat cawangan mereka di kawasan itu.



Turut mencetuskan tanda tanya ialah kehadiran dua orang calon bebas wanita yang masuk gelanggang.



Cik Siti Zabedah Kassim, seorang peguam dan aktivis kontroversial yang lantang bersuara dalam pelbagai isu.



Menurutnya, manifestonya adalah pemisahan antara agama dan kerajaan.



Seorang lagi calon bebas, Cik Nur Fathiah Syazwana Shaharudin, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Cleopatra' adalah seorang pempengaruh media sosial.



Matlamat beliau ialah membantu menyelesaikan masalah penduduk miskin di kawasan itu.



Turut bertanding ialah calon Perikatan Nasional (PN), Encik Azhar Yahya, Encik P Naganathan (Warisan), Encik Too Cheng Huat (Bebas), Encik Zulkifli Abd Fatah (Parti Rakyat Malaysia), dan Cik Wan Azliana Wan Adnan daripada Gerakan Tanah Air (GTA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >