Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia 'curi' bijirin Ukraine, eksport ke Turkey

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



ISTANBUL: Duta Ukraine ke Turkey, Encik Vasyl Bodna, menuduh Russia 'mencuri' dan mengeksport bijirin milik Ukraine ke beberapa negara termasuk Turkey.



Katanya, Russia tanpa sebarang rasa malu mencuri dan menjual bijirin milik Ukraine dari Crimea kepada negara asing terutama Turkey.



"Kami sudah meminta bantuan Turkey bagi menyelesaikan isu ini," katanya menerusi mesej di Twitter.



Ukraine adalah pengeksport utama gandum dan minyak bunga matahari sebelum pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu.



Ankara selama ini cuba mengimbangi hubungan baik antara Kyiv dengan Moscow yang sudah lama terjalin.



Turkey selaku anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), turut menyumbangkan dron ketenteraan kepada Ukraine dan menawarkan diri sebagai pengantara bagi menyelesaikan konflik itu.



Bagaimanapun, negara itu tidak tunduk kepada tekanan Barat bagi mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia yang juga penyumbang terbesar bijirin dan bahan api.



Ankara juga menawarkan, atas permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi membantu menjamin keselamatan koridor eksport bijirin dari Ukraine.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, akan berada di Turkey pada Rabu ini bagi membincangkan perkara itu.



Harga makanan melambung tinggi sejak perang bermula, dengan negara di Afrika dan Asia Barat antara yang paling teruk terjejas kerana tentera Russia menyekat kesemua akses ke pelabuhan Ukraine di Laut Hitam.



PBB kelmarin berkata, tidak akan ada pemenang daripada pencerobohan Russia ke atas Ukraine, ketika konflik antara dua negara itu memasuki hari ke-100 dan tentera Moscow mara lebih jauh ke wilayah timur Donbas.



"Perang ini tidak dan tidak akan mempunyai pemenang. Sebaliknya, selama 100 hari kita sudah menyaksikan apa yang hilang adalah nyawa, rumah, pekerjaan dan prospek," kata Penolong Setiausaha Agung dan Penyelaras Krisis PBB untuk Ukraine, Encik Amin Awad, dalam satu kenyataan.



Kenyataan itu dikeluarkan ketika Kyiv mengumumkan, Moscow kini menguasai satu perlima wilayah Ukraine, termasuk Crimea dan sebahagian Donbas yang dirampas pada 2014.



Pencerobohan Russia sejak 24 Februari lalu, menyaksikan percubaan pertama serangan tentera Moscow ke atas Kyiv, sebelum melepaskan kawalan di kawasan sekitar ibu negara dan bandar kedua Ukraine, Kharkiv di timur laut.



Bagaimanapun, mereka dapat menembusi kawasan di selatan dan timur.



"Perang ini mengorbankan jumlah yang tidak boleh diterima ke atas manusia dan memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan awam.



"Dalam tempoh lebih tiga bulan, hampir 14 juta rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan rumah mereka, majoritinya wanita dan kanak-kanak," kata Encik Amin. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >