Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah sedih, tertekan diarah bela diri

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam , selepas diarah membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.



Isteri bekas perdana menteri itu terpaksa ditenangkan oleh barisan peguam bela selepas Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu kira-kira jam 10 pagi itu.



Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Datin Rosmah ketika ditemui media di luar Kompleks Mahkamah, Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, Datuk Jagjit berkata Rosmah akan tetap melawan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.



"Beliau secara jujur sangat sedih dan tertekan. Kami memaklumkan kepadanya untuk pulang ke rumah bagi menghilangkan tekanan dan berehat saja," katanya.



Datin Rosmah hadapi tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah, di pedalaman Sarawak, lapor Berita Harian Malaysia.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes, terhadap isteri bekas perdana menteri itu.



"Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan. Dengan ini saya memanggil tertuduh untuk membela diri," kata Hakim Zaini.



Terdahulu, sebelum prosiding bermula kira-kira 9.45 pagi, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki kamar mahkamah, bagi menemani isterinya dan mengikuti keputusan kes berkenaan.



Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Datuk Jagjit Singh serta Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Rosmah.



Sementara itu, Datin Rosmah memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang menyoal semasa pemeriksaan balas.



"Saya memilih memberi keterangan dari tempat saksi," katanya ketika jurubahasa membaca tiga pilihan kepadanya ketika membela diri, yang dilaporkan laman berita Malaysiakini semalam.



Pilihan lain adalah berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan dan memberikan keterangan di kandang tertuduh tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.



Pada 11 Disember lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil seramai 23 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari tahun lalu.



Datin Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta ($61.68 juta) dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta ($2.14 juta) daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.



Sogokan itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan Penyelenggaraan Operasi Genset Diesel, bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion ($410.5 juta), daripada Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus.



Pada 15 November 2018, Datin Rosmah, 69 tahun, mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu.



Datin Rosmah dituduh melakukan kesalahan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; dan, di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya; antara Januari 2016 dan 7 September 2017.



Datin Rosmah didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 ($3,289), mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan bermula 5 Februari tahun lalu.



Hanya 30 wartawan, setiap satu daripada organisasi media terpilih termasuk akhbar asing, diberi pas untuk mengikuti prosiding melalui pautan video di ruangan khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >