Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Risiko darah beku akibat Covid-19 lebih tinggi daripada disebabkan vaksin

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pesakit Covid-19 lebih berisiko mengalami pembekuan darah daripada orang yang mengambil vaksin AstraZeneca Plc atau Pfizer Inc, menurut satu kajian besar United Kingdom.



Bagi setiap 10 juta orang yang menerima dos pertama AstraZeneca, jumlah yang akan menderita sindrom pembekuan darah ialah 66 lebih ramai daripada ketika keadaan biasa, ujar kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British itu.



Ini berbanding 12,614 lebih banyak kes pembekuan darah dalam kalangan 10 juta pesakit Covid-19.



Kajian itu dilakukan terhadap 29 juta orang yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca atau Pfizer antara Disember 2020 dan April dan juga menjejak sekitar 1.7 juta pesakit Covid-19.



Dapatan ini kelihatan menyokong keputusan untuk terus menggunakan vaksin AstraZeneca, yang dihantui kebimbangan keselamatan, bagi melindungi pesakit daripada dimasukkan ke hospital dan kematian.



Banyak negara maju, bagaimanapun, membataskan penggunaannya pada orang dewasa lebih tua kerana kebimbangan mengenai peningkatan risiko pembekuan darah yang menjejas populasi lebih muda.



Penyelidik bersama kajian itu, Profesor Aziz Sheikh daripada Universiti Edinburgh, berkata penyelidikan tersebut "menunjukkan pentingnya mendapatkan vaksin bagi mengurangi risiko pembekuan darah dan pendarahan".



Para penyelidik itu mendapati mereka yang dijangkiti virus itu hampir sembilan kali ganda berkemungkinan mempunyai kadar platelet rendah berbanding dengan orang yang diberi dos pertama vaksin.



Tinjauan mengenai risiko angin ahmar dalam kajian ini mendapati kemungkinan virus itu menyebabkan angin ahmar lebih tinggi daripada dos pertama vaksin yang dihasilkan Pfizer bersama BioNTech SE.



Walaupun kajian itu dijalankan oleh University of Oxford, pengarang laporannya mengatakan ia bebas daripada saintis Oxford yang menghasilkan vaksin Astra itu.



Data yang diterbitkan pada Julai menunjukkan vaksin AstraZeneca tidak meningkatkan risiko itu selepas dos kedua.



Sementara itu, Jurnal Ubat-Ubatan Perubatan New England mendapati penggunaan vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech meningkatkan sedikit risiko radang jantung, tyetapi risiko itu lebih tinggi bagi mereka yang dijangkiti koronavirus itu.



Dalam setiap 100,000 orang yang menerima vaksin itu, seorang hingga lima berkemungkinan menghidapi miokarditis, yang mereka tidak akan alami jika tidak mengambil vaksin itu.



Namun, kadar itu lebih tinggi iaitu 11 dalam setiap 100,000 orang yang dijangkiti Covid-19.



Data tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas Pfizer menjadi vaksin pertama mendapat kelulusan penuh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, yang mungkin mendorong lebih ramai yang sebelum ini ragu-ragu, mendapatkan vansin itu.



Pengkaji membandingkan kejadian buruk dalam kalangan 884,828 orang yang sudah menerima vaksin dan jumlah sama orang tidak menerima vaksin.



Secara keseluruhannya, 21 orang dilaporkan mengalami miokarditis dalam kumpulan sudah divaksin, kebanyakannya lelaki muda, berbanding enam orang dalm kalangan tidak divaksin.



Kebanyakan kejadian buruk dalam kalangan orang sudah divaksin sederhana, tetapi ada, seperti miokarditis berpotensi menjadi serius, kata penyelidik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >