Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK G20

Reformasi Bank Dunia, perubahan iklim tumpuan AS di India

Sep 06, 2023 | 12:29 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dijangka memberikan tumpuan kepada pembaharuan Bank Dunia selain menggesa bank-bank pembangunan lain agar meningkatkan pinjaman bagi projek perubahan iklim dan projek prasarana menjelang Sidang Puncak pemimpin-pemimpin G20 di India.


Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, menyatakan kepada pemberita:

“Ini adalah salah satu fokus utama kami menjelang G20 dalam menyampaikan agenda asas untuk mengubah dan meningkatkan skala bank pembangunan pelbagai hala, terutamanya Bank Dunia.”

Langkah tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk menjadikan Bank Dunia, yang asalnya ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan selepas Perang Dunia Kedua untuk menyaingi pinjaman luar negara China.

Ketua Pegawai Eksekutif baru Bank Dunia, Encik Ajay Banga menggalakkan pengembangan program perubahan iklim dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan kuasa pinjaman bank dengan peraturan pendanaan dan kunci kira-kira baru.

Pada akhir Ogos, Rumah Putih telah meminta Kongres untuk membiayai tambahan dana sebanyak AS3.3 bilion ($4.5 bilion) sebagai sebahagian daripada permintaan belanjawan tambahan bagi “memperluaskan pembiayaan pembangunan dan prasarana secara material” melalui Bank Dunia.

Ia bagi menawarkan negara-negara “yang boleh dipercayai”, alternatif kepada projek pinjaman dan prasarana Republik Rakyat China (PRC) yang tidak mampan, ujar Rumah Putih.

“Kami tahu bahawa institusi ini adalah antara alat paling berkesan yang kami ada untuk menggerakkan pelaburan yang telus dan bermutu tinggi ke negara-negara membangun.

“Itulah sebabnya Amerika Syarikat memperjuangkan usaha besar yang sedang dijalankan untuk melibatkan institusi-institusi ini supaya mereka dapat menghadapi cabaran hari ini dan esok,” kata Encik Sullivan.

Selain itu, Encik Biden juga dijangka membuat desakan ke atas G-20 untuk memberikan pelepasan hutang yang bermakna untuk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, ujar Encik Sullivan.

Encik Biden akan ke New Delhi dari Khamis hingga Ahad, selain dijadual mengadakan pelbagai perbincangan di luar mesyuarat tersebut.

Agenda perbincangan pada pertemuan dua hala di New Delhi itu akan meliputi pelbagai isu sejagat, termasuk usaha menangani perubahan iklim, isu tenaga, serta pengurangan kesan ekonomi dan sosial akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Sidang Puncak Ketua Negara dan Kerajaan G20 pula dijadualkan berlangsung di New Delhi pada Sabtu dan Ahad.

G20 merangkumi Kesatuan Eropah (EU) dan negara ekonomi utama, termasuk Amerika, China, Russia dan Jerman.

Bagaimanapun, Encik Biden tidak akan menghadiri Sidang Puncak Asean di Indonesia, sebaliknya diwakili Naib Presiden, Cik Kamala Harris yang ke Jakarta, Indonesia, dari Isnin hingga Khamis.

Terdahulu Encik Biden meluahkan kekecewaan berikutan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping tidak akan menghadiri pertemuan pada Sidang Puncak G20 di India, namun, memaklumkan, beliau akan ‘bertemu dengannya’.

“Saya kecewa... tetapi saya akan bertemu dengannya (Jinping),” kata Encik Biden kepada wartawan di Delaware, tanpa memberikan penjelasan lebih lanjut.

Setelah menghadiri G20, Encik Biden akan membuat kunjungan ke Vietnam ketika pemerintahannya berusaha memperkuatkan hubungan Amerika di Asia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >