Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan Gaza merebak ke varsiti Eropah

May 08, 2024 | 01:33 PM



AMSTERDAM: Bantahan pelajar, yang menuntut pihak universiti memutuskan hubungan dengan Israel berhubung perang Gaza, merebak ke seluruh Eropah barat pada 7 Mei.


Ia mencetuskan pertempuran dan berpuluh-puluh orang ditangkap.

Pelajar di pelbagai universiti Eropah, yang didorong bantahan berterusan di kampus Amerika Syarikat, memenuhi dewan dan kemudahan, menuntut dihentikan perkongsian dengan institusi Israel kerana serangan negara itu ke atas Gaza.

Beberapa ratus penunjuk perasaan meneruskan demonstrasi di sekitar kampus Universiti Amsterdam, dengan pegawai polis dilihat menggunakan belantan dan merobohkan khemah selepas mereka enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Polis menahan 169 orang dalam operasi itu.

Kesemuanya telah dibebaskan, kecuali dua yang masih dalam tahanan kerana disyaki melakukan kesalahan kekacauan awam.

Di bandar Leipzig di timur Jerman, sekitar 50 hingga 60 orang mengisi dewan kuliah pada 7 Mei, sambil memegang sepanduk berbunyi, ‘Pendudukan universiti menentang pembunuhan beramai-ramai’.

Penunjuk perasaan menghalang pintu dewan kuliah dari dalam dan mendirikan khemah di halaman universiti tersebut.

Prosiding jenayah telah dimulakan terhadap 13 orang yang berada di dewan kuliah kerana disyaki menceroboh.

Terdahulu di Universiti Free Berlin, polis meleraikan tunjuk perasaan selepas hingga 80 orang mendirikan kem di halaman kampus.


Di Paris, polis telah dua kali campur tangan di universiti berprestij Sciences Po untuk menyuraikan kira-kira 20 pelajar yang menghalang pintu masuk ke dewan utama.

Pasukan keselamatan kemudian membenarkan pelajar lain menduduki peperiksaan yang berjalan tanpa sebarang insiden.

Menurut universiti, kira-kira 13 pelajar sedang mogok lapar.

Di Switzerland, bantahan merebak ke tiga universiti di Lausanne, Geneva dan Zurich. Di Austria, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkhemah di kampus Universiti Vienna. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >