Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis lumpuhkan sindiket curi 32b rupiah dari firma hartanah S’pura

May 08, 2024 | 05:17 PM



JAKARTA: Polis Indonesia menangkap lima suspek penggodam sistem e-mel sebuah pemaju hartanah berpangkalan di Singapura dan mendalangi transaksi penipuan, mengakibatkan kecurian sekurang-kurangnya 32 bilion rupiah ($2 juta).


Menurut Pengarah Bahagian Jenayah Siber, Brigadier Jeneral Himawan Bayu Aji, sindiket itu menjejas sistem e-mel Kingsford Huray Development Ltd di Singapura dan menubuhkan sebuah syarikat rekaan di Indonesia untuk memanipulasi komunikasi dan transaksi.

Siasatan yang dijalankan dengan kerjasama Biro Pusat Kebangsaan (NCB) Interpol di Singapura membawa kepada penangkapan empat lelaki dan seorang wanita pada 26 April. Dua daripada suspek adalah warga Nigeria.

“Sindiket itu menyusup ke dalam sistem e-mel syarikat untuk memperoleh data dan maklumat kritikal berhubung transaksi perniagaan.

“Selepas itu, mereka menubuhkan sebuah syarikat Indonesia, bernama PT Huttons Asia Internasional, untuk terlibat dengan Kingsford Huray Development,” kata Encik Himawan dalam satu sidang media di ibu pejabat polis di Jakarta pada 7 Mei.

Beberapa suspek menyandang peranan ‘pengarah’ dalam syarikat rekaan itu, lapor Jakarta Globe.


Pada 20 Jun 2023, Kingsford Huray Development memindahkan dana ke akaun bank Indonesia di bawah nama Huttons Asia Internasional, kata Encik Himawan.

Sindiket itu menyamar sebagai identiti pelanggan Kingsford dengan memanipulasi alamat e-mel dan pengepalai dengan aksara yang tidak dapat dilihat.

Suspek dikenal pasti dengan singkatan nama mereka. Ketua kumpulan itu, seorang warga Nigeria, dikenali sebagai CO.

Dia dibantu isterinya, DM, seorang warga Indonesia yang mempunyai rekod terlibat dalam serangan pancingan data e-mel dan menjalani dua hukuman penjara antara 2018 dengan 2020.

Siasatan mendedahkan CO mengarahkan isterinya dan rakan sejenayah warga Nigeria yang dikenal pasti sebagai EJA, supaya merekrut dua warga tempatan yang ditugaskan untuk menubuhkan syarikat palsu, berkhidmat sebagai pengarah dan membuka akaun bank perniagaan.

Himawan berkata pihak berkuasa sedang mencari seorang lagi warga Nigeria, dikenali sebagai S, yang didakwa menggodam sistem e-mel Kingsford Huray Development dan memulakan komunikasi penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >