Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis kerah pasukan cegah kes curi, rompak di kawasan banjir di Selangor

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Polis Malaysia telah mengerahkan 30 pasukan untuk mencegah rompakan dan kecurian di kawasan banjir di Selangor, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.



Kumpulan 120 pegawai dan anggota itu dihantar keluar selepas tujuh kes rompakan dan kecurian dilaporkan di Selangor - empat di Shah Alam, dua di Klang Utara dan satu di Klang Selatan.



Beliau berkata ia membabitkan pecah masuk kilang atau kedai yang menjual makanan dan keperluan harian.



"Susulan kejadian itu, polis membuat beberapa tangkapan bagi membantu siasatan dan tindakan setimpal akan dikenakan kepada pesalah.



"Ada segelintir (individu) yang mengambil kesempatan. Ada kata mereka terdesak kerana bekalan makanan terputus.



"Ada kata mereka ambil itu bukan keperluan, bahkan untuk diagihkan kepada orang ramai.



"Semua tempat sediakan bekalan mencukupi, di mana semua boleh datang ambil (bekalan) mengikut keperluan tanpa mengira warga atau bukan warga.



"Ini adalah bantuan kemanusiaan disediakan kerajaan dan semua orang dialu-alukan," tegas Tan Sri Acryl Sani pada sidang media di pusat operasi banjir di Taman Sri Muda kelmarin.



Beberapa klip video telah menjadi tular, menunjukkan sebilangan orang merompak kedai serbaneka.



Seorang pemandu trak tunda telah ditahan kerana disyaki cuba mencuri kenderaan.



Sementara itu, Tan Sri Acryl Sani menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai makanan atau keperluan untuk segera pergi ke pusat operasi banjir di kawasan mereka.



"Pusat operasi mempunyai makanan dan bekalan yang mencukupi.



"Mangsa banjir, sama ada rakyat Malaysia atau warga asing, boleh mengambil apa yang mereka perlukan," tambahnya.



Beliau menambah, siasatan juga sedang dijalankan berhubung dakwaan bahawa talian MERS 999 tidak dapat dihubungi semasa banjir.



"Talian penting ini sepatutnya boleh diakses pada setiap masa," tambahnya.



Selain itu, beliau memaklumkan bahawa 68,341 mangsa banjir telah ditempatkan di 396 pusat pemindahan sementara.



Tujuh negeri dan kawasan dilanda banjir - termasuk Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan - merangkumi 30 daerah polis.



"Sebanyak 37 kematian direkodkan manakala 10 lagi masih hilang," tambah Tan Sri Acryl Sani.



Mengenai dakwaan percanggahan angka kematian di kalangan agensi, beliau berkata perangkaan polis adalah berdasarkan laporan, di mana setiap kematian mesti dilaporkan mengikut Kanun Tatacara Jenayah.



Seramai 66,015 kakitangan daripada pelbagai agensi telah dikerahkan di kawasan yang dilanda banjir.



"Lebih 1,600 bot telah digerakkan bagi misi menyelamat dan menghantar bekalan kepada mangsa.



"Lebih banyak aset akan digunakan apabila diperlukan," tambah Tan Sri Acryl Sani.



Beliau mengakui penyelarasan dalam kalangan pelbagai agensi untuk membantu mangsa sepatutnya berlaku pada tahap lebih baik ketika banjir bermula Sabtu lalu.



"Ketika itu air berada pada paras bahaya dan kita dapati mangsa tinggal di rumah dan pangsapuri satu atau dua tingkat.



"Memindahkan mangsa di negeri lain lebih mudah berbanding Shah Alam kerana ia padat dengan penduduk."



"Pada peringkat awal, kami dilihat lambat (bertindak balas), tetapi keadaan bertambah baik tidak lama selepas itu dan kami telah berusaha memastikan semua mangsa diselamatkan dan bantuan makanan dihantar," tambahnya. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >