Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee gesa negara G20 perbaharui WTO, bank pembangunan

Sep 10, 2023 | 08:30 PM



NEW DELHI: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggesa pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) agar meneruskan usaha memperbaharui institusi pelbagai hala bagi menangani cabaran pembangunan dunia.


Sambil menyatakan bahawa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kekal sebagai penjamin terbaik bagi pertumbuhan bersama dan rantaian bekalan yang berkesan dan berdaya tahan, Encik Lee menambah peraturannya perlu seiring dengan transformasi digital dan kekal relevan untuk ekonomi moden.

“Oleh itu, kami menggesa G20 untuk memberikan dorongan kuat bagi memajukan rundingan mengenai pembaharuan WTO, khususnya, dalam memulihkan sistem penyelesaian pertikaian yang berfungsi sepenuhnya secepat mungkin,” katanya pada Ahad dalam ucapan sesi terakhir G20 di New Delhi, India, bertajuk One Future.


Banyak pertikaian dalam kalangan anggota WTO kekal dalam keadaan tidak menentu atau belum mencapai kata putus kerana Amerika Syarikat sejak 2017 telah menyekat pelantikan hakim baru kepada badan rayuan pertubuhan perdagangan itu yang bertanggungjawab menyemak rayuan.

Dalam pengisytiharan konsensus mereka pada Sabtu, pemimpin G20, yang terdiri daripada 19 ekonomi utama dan sedang pesat membangun serta Kesatuan Eropah (EU), komited untuk “menjalankan perbincangan dengan tujuan untuk mempunyai sistem penyelesaian pertikaian yang berfungsi sepenuhnya dan boleh diakses oleh semua anggota menjelang 2024”.

PM Lee berkata terdapat juga keperluan untuk memperbaharui seni bina kewangan antarabangsa supaya ia dapat bertindak balas dengan lebih baik kepada cabaran pembangunan mampan.

Menurutnya lagi, khususnya, terdapat keperluan untuk menggalak bank pembangunan pelbagai hala dalam lebih memanfaatkan secara lebih baik dan lebih berkesan kunci kira-kira mereka dalam melaksanakan mandat mereka.

Beliau akur pada keperluan untuk mengusahakan cara inovatif dan meningkatkan dan menggembleng pembiayaan pembangunan daripada sektor swasta bagi melengkapkan dan menguatkan dana awam.

Encik Lee menegaskan pada forum tahunan itu bahawa “multilateralisme masih hidup”, walaupun beliau akui kerjasama antara negara untuk menangani isu global telah menjadi lemah.

Multilateralisme menggambarkan kerjasama antara sekurang-kurangnya tiga negara.

Encik Lee menukil satu kesimpulan yang dibuat pada Mac mengenai perjanjian baru di bawah Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut, yang memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan pelbagai biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara, sebagai alasan untuk “keyakinan berhati-hati” mengenai multilateralisme.

G20, yang merangkumi negara seperti Amerika Syarikat, China, Russia dan Jepun, membentuk kira-kira 85 peratus daripada hasil dalam negara kasar global dan dua pertiga daripada penduduk dunia.

Singapura bukan ahli G20 tetapi sering dijemput untuk mengambil bahagian dalam mesyuaratnya.

Ia adalah penganjur pertemuan Kumpulan Tadbir Urus Global, kumpulan tidak rasmi yang terdiri daripada 30 ahli kecil dan sederhana PBB.

Encik Lee menghadiri forum tahunan itu atas undangan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, bagi pihak India, yang memegang jawatan bergilir sebagai Presiden G20 untuk 2023.

“Kepimpinan G20 dalam mempergiatkan semula multilateralisme amat diperlukan untuk memberi tindak balas terhadap cabaran pembangunan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >