Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang Gaza memburuk, masuki hari ke-200

Amaran serangan Israel ke atas Rafah akan cetuskan ‘malapetaka’
Apr 24, 2024 | 02:33 PM



JALURAN GAZA: Perang Israel-Hamas memasuki hari ke-200 pada 23 April ketika kumpulan bantuan memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk menyerang bandar Rafah – tempat 1.5 juta penduduk Gaza berlindung – akan membawa malapetaka.


Kebimbangan semakin meningkat kerana Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, akan menepati ancaman yang dibuatnya berulang kali untuk mengerah tenteranya ke Rafah.

“Semua orang nampaknya sedang menghitung detik berlakunya peperangan merentasi kem perlindungan terbesar di muka bumi, iaitu Rafah,” kata ketua Majlis Pelarian Norway, Encik Jan Egeland.

Beliau memberi amaran bahawa serangan darat ke atas Rafah akan menjadi “situasi kemusnahan” dan kumpulan bantuan kemanusiaan “berada sepenuhnya dalam kegelapan tentang cara mengurangkan kiraan detik ini kepada malapetaka”.

Juga pada 23 April, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia “ngeri” dengan laporan mengenai kubur besar yang ditemui di dua hospital terbesar di Gaza selepas pengepungan dan serbuan Israel.

Israel telah berulang kali menyasarkan kemudahan perubatan Gaza semasa perang, menuduh Hamas menggunakannya sebagai pusat arahan dan menahan tebusan yang ditawannya pada 7 Oktober 2023. Hamas menafikan tuduhan itu.

Sejak tiga hari lalu, agensi Pertahanan Awam Gaza berkata hampir 340 mayat yang dikatakan telah dikebumikan oleh tentera Israel, ditemui di sekitar Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.

Tentera Israel menyifatkan tuduhan tersebut sebagai “tidak berasas”, sebaliknya menyatakan ia “mayat-mayat yang telah dikebumikan oleh rakyat Palestin” dan diperiksa oleh tentera Israel untuk mencari tebusan sebelum “mengembalikannya ke tempat asal”.

Ketua hak asasi manusia PBB, Encik Volker Turk, menggesa siasatan bebas ke atas penemuan di Hospital Nasser dan Al-Shifa di Bandar Gaza itu dengan menyatakan “perlindungan khas” harus diberikan kepada kemudahan perubatan di bawah undang-undang antarabangsa.

Rumah Putih berkata ia akan membincangkan perkara itu dengan Israel.

“Jelas sekali penemuan kubur besar-besaran itu secara umum amat membimbangkan tetapi saya tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengesahkan kebenarannya,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby, kepada pemberita. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >