Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penguasa Saudi bataskan halaman sekitar Kaabah hanya kepada jemaah umrah

Mar 07, 2024 | 01:36 PM



KAHERAH: Arab Saudi telah menetapkan halaman sekitar Kaabah di Masjidil Haram, untuk para jemaah yang mengerjakan Umrah sahaja.


Pihak Berkuasa Am Penjagaan Dua Masjid Suci, yang bertanggungjawab ke atas Masjidil Haram di Makkah, berkata langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan para jemaah dan membolehkan mereka melakukan ibadah dengan mudah dan selesa.

Agensi penguasa itu menggesa pengunjung lain menggunakan tempat yang ditetapkan untuk solat, di masjid yang terbentang luas itu.

Langkah itu diumumkan, menjelang bulan suci Ramadan apabila musim umrah biasanya memuncak, menurut laporan Gulf News.

Bulan puasa Ramadan, bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam, dijangka tahun ini bermula pada 11 Mac.

Umat Islam, yang belum bersedia dari segi fizikal atau kewangan untuk menunaikan haji, berkunjung ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah di Masjidil Haram.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Arab Saudi telah mendedahkan banyak kemudahan untuk umat Islam di luar negara, untuk datang ke negara itu bagi menunaikan umrah.

Umat Islam yang memegang pelbagai jenis visa kunjungan, seperti visa peribadi, lawatan dan pelancong, dibenarkan untuk mengerjakan Umrah dan melawat Al Rawda Al Sharifa, di mana makam Nabi Muhammad (SAW) terletak di Masjid Nabawi di Madinah, selepas membuat tempahan kunjungan melalui talian.

Pihak berkuasa Saudi telah melanjutkan visa umrah daripada 30 hari kepada 90 hari, dan membenarkan pemegangnya memasuki negara itu melalui semua saluran darat, udara dan laut serta keluar dari mana-mana lapangan terbang.

Para jemaah wanita tidak lagi perlu diiringi oleh mahram lelaki.

Pemerintah Saudi itu juga berkata bahawa ekspatriat yang menetap di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GIC) layak memohon visa pelancong, tanpa mengira profesion mereka, dan boleh menunaikan umrah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >