Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin, penyokong PN hadir beri sokongan

Mar 11, 2023 | 5:30 AM
TUNJUK SOKONGAN: Penyokong PN hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat dengan memakai kemeja-T tertera gambar Tan Sri Muhyiddin dan slogan 'KAMI BERSAMA ABAH', nama julukan beliau semasa menjadi perdana menteri. - Foto REUTERS
TUNJUK SOKONGAN: Penyokong PN hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat dengan memakai kemeja-T tertera gambar Tan Sri Muhyiddin dan slogan 'KAMI BERSAMA ABAH', nama julukan beliau semasa menjadi perdana menteri. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang berarak di bawah terik mentari sebagai lambang sokongan padu kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa beliau menuju ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat untuk didakwa bagi kesalahan rasuah.

Berkemeja-T putih yang tertera gambar bekas perdana menteri itu, kelompok penyokong Tan Sri Muhyiddin dilihat berkumpul sekitar satu kilometer jauh, sebelum muncul di Masjid Wilayah Persekutuan dan terus menuju ke jeriji utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mereka juga mengangkat kain rentang dengan slogan 'KAMI BERSAMA ABAH', menggunakan nama julukan Tan Sri Muhyiddin yang kerap digunakan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Pada 8.40 pagi, Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), itu parti komponen PN, tiba di kompleks mahkamah dalam kereta Toyota Alphard berwarna hitam.

Beliau kemudian menurunkan cermin tingkapnya dan melambai ke arah penyokong dan pemimpin PN sebelum memasuki pekarangan mahkamah.

Laungan 'Hidup Abah! dan Hancur PH', merujuk kepada gabungan pemerintah Pakatan Harapan, dapat didengar daripada kumpulan yang memakai pengikat kepala berwarna merah itu.

Pemimpin PN yang dilihat di luar mahkamah termasuk setiausaha agung Bersatu, iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; timbalan presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan presiden Gerakan, Encik Dominic Lau.

Sebelum ketibaan Tan Sri Muhyiddin, Anggota Parlimen (AP) Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, dan AP Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, menurunkan cermin kereta mereka untuk menyapa media serta penyokong Bersatu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg