Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PDI-P bayangkan ingin jadi pembangkang pemerintah Prabowo

May 08, 2024 | 02:13 PM



JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) telah memberikan satu lagi petunjuk bahawa ia mungkin memainkan peranan pembangkang terhadap pemerintah yang akan datang, menjelang pertemuan yang dinanti-nantikan antara pengerusinya, Cik Megawati Sukarnoputri, dengan bakal presiden, Encik Prabowo Subianto.


Dalam satu ucapan di majlis pasca-Aidilfitri bersama penyokong dan ahli kempennya pada 6 Mei, calon presiden PDI-P yang tidak berjaya, Encik Ganjar Pranowo, mengumumkan beliau akan membawa peranan sebagai pembangkang terhadap pentadbiran akan datang.

“Saya dengan ini mengisytiharkan dahulu bahawa saya tidak akan menyertai pemerintah (seterusnya). Tetapi saya menghormati pemerintah, jadi kita akan menjalankan kawalan (penyeliaan) dengan betul,” kata Encik Ganjar, lapor Kompas TV.


“Politik tidak semestinya kejam. Semua orang sama-sama hormat. Tidak perlu mencemuh sesama sendiri. Cara paling sesuai untuk (mengkritik) ialah melalui badan perundangan,” tambahnya, lapor The Jakarta Post.


Encik Ganjar mencalonkan dirinya sebagai presiden pada Februari menggunakan tiket PDI-P, yang menjadi kenderaan politik Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Beliau enggan menyokong Encik Ganjar dan sebaliknya menyokong Encik Prabowo, yang pasangan naib presidennya ialah anak Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka.

PDI-P diunjurkan mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat, selepas parti itu memenangi jumlah undi terbesar di seluruh negara dalam pilihan raya Februari.

Tetapi parti itu mendapati kedudukannya di persimpangan selepas pilihan raya – sama ada menyertai gabungan pemerintah pimpinan Encik Prabowo atau mengambil peranan pembangkang.

Cik Megawati dijangka mengumumkan pendirian partinya terhadap pemerintah akan datang pada akhir Mei, apabila PDI-P mengadakan mesyuarat kebangsaannya dari 24 hingga 26 Mei.

Ditanya sama ada kedudukan Encik Ganjar menunjukkan hala tuju masa depan parti itu, setiausaha agung PDI-P, Encik Hasto Kristiyanto berkata pada 6 Mei: “Ya, sudah tentu (ia mencerminkan kedudukan parti) – kerana ini adalah sikap negarawan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >