Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muhyiddin bakal hadapi satu lagi tuduhan rasuah: Bersatu

Bekas PM pertikai tuduhan dibuat sebelum beliau beri kenyataan kepada badan antirasuah, siasatan lengkap
Mar 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan rasuah, menurut timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Beliau berkata pertuduhan itu akan dikenakan di mahkamah di Shah Alam pada Isnin.



Datuk Ahmad Faisal berkata demikian kepada penyokong Perikatan Nasional (PN) di luar mahkamah pada Jumaat.



PN adalah gabungan pembangkang yang turut dianggotai Bersatu. Pengerusinya ialah Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu.



Datuk Ahmad Faisal, yang juga bekas Ahli Parlimen (AP) Tambun, berkata pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin adalah peristiwa menyedihkan bagi negara, lapor Berita Harian Malaysia.



Beliau menyifatkan Tan Sri Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang berkorban untuk negara tetapi dimalukan dengan pendakwaan di mahkamah.



"Jika seorang negarawan boleh diperlaku sedemikian, bagaimana pula dengan nasib rakyat," katanya kepada media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.



Tan Sri Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat dengan enam pertuduhan - empat kerana dikatakan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta ($69.8 juta) dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.



Beliau, yang nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76 tahun, mengaku tidak bersalah.



Dalam satu sidang media, Tan Sri Muhyiddin, mempersoal bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberi sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Tan Sri Muhyiddin berkata beliau mengetahui keputusan untuk mendakwanya sudah diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.



"Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.



"Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang kesalahan yang saya lakukan," katanya.



Antara yang hadir untuk menyokong beliau pada Jumaat ialah anaknya, iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin, bersama suaminya, Encik Idris Koh Keng Hui.



Penyanyi lagu 'Saya Anak Malaysia' itu tiba bersama beberapa ahli keluarga yang lain.



Beberapa pimpinan parti PN turut hadir memberi sokongan kepada AP Pagoh itu.



Tan Sri Muhyiddin dibenarkan diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen.



Hakim Azura Alwi memerintahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah hingga kes selesai, dan menetapkan 26 Mei bagi sebutan semula kes. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >