Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SKANDAL KARTEL DAGING DI M'SIA

Jakim umum rancangan tindakan tangani skandal kartel daging

Libat kerjasama beberapa badan bagi lakar usaha, perbincangan meja bundar dengan pengimport dan pengedar Januari ini
Dec 31, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kelmarin mengumumkan satu rancangan tindakan bagi menangani skandal berhubung kegiatan kartel daging yang menyeludup daging tidak diluluskan ke Malaysia untuk kemudian dijual sebagai daging lembu halal.



Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata agensi itu, yang bidang tugasnya merangkumi pengesahan halal daging, telah memperkenalkan beberapa daya usaha yang bertujuan menyelesaikan masalah tersebut.



Ini, katanya, akan melibatkan kerjasama badan-badan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPHDNHEP), Jabatan Kuarantin dan Khidmat Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta Jabatan Kastam.



"Perbincangan dan mesyuarat dengan badan-badan yang berkaitan telah dan akan terus dilakukan dari masa ke masa.



"Kami juga akan mempertingkatkan lawatan ke rumah penyembelihan dan pusat pengumpulan daging yang diimport, serta menyelesaikan prosedur operasi standard (SOP) yang diperbaiki menjelang Januari," katanya.



Rancangan tindakan itu akan dimulakan dengan pertemuan Selasa ini antara Jakim, KPHDNHEP, Maqis dengan Kastam yang antara lain bertujuan menggariskan bidang kuasa, langkah-langkah untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut, serta melakar rancangan tindakan bersama mengenai import daging lembu dan produk daging lembu.



Satu perbincangan meja bundar kemudian akan diadakan pada 11 Januari dengan pengimport dan pengedar, yang juga melibatkan KPHDNHEP, Maqis dan Kastam.



Perbincangan itu, kata Jakim, akan memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi oleh pengimport dan pengedar, memberi penjelasan mengenai SOP, menggalak mereka memohon bagi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), dan juga menghendaki pemegang SPHM mendapatkan bekalan hanya dari sumber yang diperakui.



Jakim berkata pihaknya juga merancang untuk mempromosikan badan pensijilan dan logo halal asing yang telah mendapat pengesahan itu.



Ini, kata agensi itu, merangkumi 84 badan pensijilan halal dari 46 negara.



"Lawatan pemantauan juga akan dilakukan ke atas pengimport, pemegang SPHM dan juga rumah penyembelihan, dengan peningkatan pemeriksaan ke atas pemegang SPHM," tambah agensi itu.



Jakim berkata pihaknya juga akan mengemas kini aplikasi pengiktirafan produk yang disahkan halal.



Ia juga mahu menyemak semua permohonan baru, mengemas kini dan juga membatalkan pensijilan berdasarkan SOP-nya.



Datuk Abdul Aziz berkata beliau berharap industri daging import dan tempatan terus mematuhi SOP itu.



"Pemain industri juga digalak membuat permohonan bagi SPHM agar tidak ada lagi masalah yang berkaitan dengan penyeludupan daging yang tidak disahkan dan logo yang tidak diluluskan oleh Jakim," katanya.




"Kami juga akan mempertingkatkan lawatan ke rumah penyembelihan dan pusat pengumpulan daging yang diimport, serta menyelesaikan prosedur operasi standard (SOP) yang diperbaiki menjelang Januari...



"Pemain industri juga digalak membuat permohonan bagi SPHM (Sijil Pengesahan Halal Malaysia) agar tidak ada lagi masalah yang berkaitan dengan penyeludupan daging yang tidak disahkan dan logo yang tidak diluluskan oleh Jakim."
- Datuk Abdul Aziz Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >