Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel kembali gempur Gaza, cetus kebimbangan perang meluas

Jan 17, 2024 | 01:23 PM



GAZA: Israel telah menggempur Gaza pada 16 Januari pada masa sama ia mencapai perjanjian dengan Hamas untuk membolehkan ubat-ubatan dihantar kepada tebusan dan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Palestin hasil pengantaraan oleh Qatar dan Perancis.


Tindakan itu meningkatkan semula ketegangan di wilayah yang menyaksikan beberapa pertempuran paling sengit sejak tahun baru bermula, sehingga Israel mengumumkan pihaknya mengurangkan operasi di sana.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby, berkata pada 16 Januari bahawa beliau “berharap” rundingan yang diusahakan Qatar boleh membawa kepada satu lagi perjanjian sedemikian “tidak lama lagi”.

Di sebalik semua usaha itu, Israel telah mengebom Gaza termasuk kawasan sekitar kem pelarian Al-Maghazi di utara Khan Younis.

Pengeboman Israel ke atas Gaza membunuh sekurang-kurangnya 158 orang dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut angka terkini oleh Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Perang yang meletus sejak 7 Oktober telah memusnahkan wilayah Palestin yang kini mengalami krisis kemanusiaan yang buruk dan mencetuskan ketegangan di seluruh Timur Tengah.

Kebimbangan terhadap peningkatan serantau telah meningkat, dengan Iran dan proksinya meningkatkan serangan termasuk di Laut Merah sebagai solidariti dengan Hamas.

Dalam serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, sekitar 1,200 orang terbunuh dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.


Israel mendakwa 132 daripada tebusannya masih ditahan dan sekurang-kurangnya 27 yang lain dipercayai telah terbunuh.


Serangan balas Israel sehingga kini telah membunuh lebih 24,000 rakyat Palestin - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.


Letupan besar boleh dilihat di kawasan utara Gaza dari seberang sempadan dengan Israel, walaupun Israel sudah mengumumkan pengunduran pasukan tenteranya sejak dua minggu lalu.

Walaupun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan peralihan kepada operasi yang lebih kecil dan bersasar, pada hakikatnya ia tidak berlaku, sebaliknya bunyi tembakan bergema merentasi sempadan sepanjang malam.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berkata pada 15 Januari bahawa serangan darat yang terbaru di selatan semakin hampir berakhir.

Tetapi usaha meredakan perang masih cabaran yang sukar, dengan Israel berkata ia tidak akan berehat sehingga Hamas dihapuskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata perang telah menyebabkan kira-kira 85 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, kebanyakan mereka terpaksa bersesak-sesak ke tempat perlindungan dan bergelut untuk mendapatkan makanan, air, bahan api dan rawatan perubatan.

Hamas membebaskan berpuluh-puluh tebusan sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin semasa gencatan senjata pada November yang dimediasi oleh Qatar.

Dalam serangan terbaru Israel di kem pelarian Al-Maghazi, seorang penduduk, Cik Fatima al-Masry, berkata Israel tidak akan berjaya dan mesti bertanggungjawab atas kemusnahan kem tersebut dan sekitarnya.

“Tentera Israel membunuh kanak-kanak dan orang muda, memusnahkan kami dan melemparkan kami ke dalam kesejukan, tetapi kami tabah,” kata Cik Fatimah.

Ketika suhu menjunam, keluarga yang tinggal di khemah sementara di bandar Rafah di selatan terpaksa membakar plastik untuk mengelak kesejukan.

“Saya berdoa setiap hari agar kita semua mati syahid. Kematian adalah lebih baik daripada kehidupan ini,” kata Encik Abdul Karim Muhammad, 29 tahun, bapa kepada tiga anak yang keluarganya melarikan diri ke Rafah dari kem Jabalia. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >