Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel gempur pusat latihan Hamas di Gaza

Feb 05, 2024 | 02:24 PM



BAITULMAKDIS: Israel berkata bahawa tenteranya telah menyerbu kemudahan Hamas di Gaza bagi melatih militannya dalam serangan maut ke atas selatan Israel pada 7 oktober.


Kemudahan di bandar utama selatan wilayah Palestin Khan Yunis itu dilengkapkan dengan model pangkalan tentera Israel, kenderaan berperisai, serta pintu masuk ke kibbutzim tau kawasan petempatan, kata tentera dalam satu kenyataan pada 4 Februari.

Askar Israel juga menyerbu pejabat Encik Mohammad Sinwar, komander kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Beliau adalah abang kepada Encik Yahya Sinwar, ketua Hamas di Gaza yang dipercayai dalang di sebalik serangan 7 Oktober.

Menurut tentera Israel, semasa serbuan ke atas pekarangan Al-Qadisiya di Khan Yunis, pasukannya juga terserempak dengan beberapa militan Hamas yang melepaskan tembakan ke arah mereka.

Kawasan itu diisytiharkan bebas musuh hasil tindakan penembak tepat, bedilan kereta kebal dan serangan udara, tambahnya.

Serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel mengakibatkan kematian kira-kira 1,200 orang di Israel, kebanyakannya orang awam yang sedang menyertai satu pesta.

Militan Hamas juga menawan kira-kira 240 tebusan dengan 132 daripada mereka kekal di tahan di Gaza termasuk sekurang-kurangnya 27 dipercayai telah terbunuh.

Bersumpah untuk menghapuskan Hamas, Israel melancarkan serangan balas besar-besaran menerusi pengeboman udara dan serangan darat yang telah membunuh lebih 27,000 rakyat Palestin di Gaza –kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah yang diperintah Hamas.

Israel turut mengepung Gaza dan memutuskan bekalan elektrik, air, gas dan bekalan makanan serta ubat-ubatan yang mengakibatkan krisis kemanusiaan terburuk di wilayah Palestin.

Bantuan kemanusiaan yang jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan 2.3 juta penduduk Gaza, dihambat oleh pertempuran yang berlaku sehingga sekarang. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >