Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Indonesia mulakan vaksinasi kanak-kanak bawah 6 tahun

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia berkata republik itu dijadual melancarkan vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah, mulai suku kedua tahun ini.



Bercakap kepada pemberita di Jakarta kelmarin, jurucakapnya, Cik Siti Nadia Tarmizi, menjelaskan pihaknya maklum mengenai jumlah vaksin diperlukan golongan berkenaan dan jangkaan vaksin berkenaan akan dihantar ke Indonesia.



"Berdasarkan perkiraan ini, kita jangkakan suntikan pelalian Covid-19 bagi golongan ini boleh dibuat mulai suku kedua 2023," katanya.



Pemerintah Indonesia ketika ini hanya memberikan suntikan pelalian itu berdasarkan kumpulan usia, iaitu antara enam hingga 11 tahun; 12 hingga 17 tahun serta individu berusia 18 tahun ke atas.



Berdasarkan data kementerian, lebih 204 juta orang di Indonesia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 175 juta penerima dos kedua, dan 69 juta (dos ketiga), setakat Jumaat lalu.



Kira-kira 1.2 juta warga emas dan pekerja sektor penjagaan kesihatan sudah diberi keutamaan untuk menerima dos keempat atau vaksin penggalak kedua.



November lalu, Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Indonesia (BPOM) meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin Covid-19 buatan tempatan, Inavac, sebagai dos utama bagi kumpulan penerima berusia 18 tahun ke atas.



Inavac ialah vaksin menggunakan asas virus tidak aktif yang dikaji oleh kampus di bandar kedua terbesar Surabaya, Universiti Airlangga dan dihasilkan oleh PT Biotis Pharmaceutical Indonesia.



Sebelum itu pada akhir September lalu, BPOM meluluskan vaksin Covid-19 pertama yang dihasilkan secara domestik, Indovac, untuk kegunaan kecemasan membabitkan individu berusia 18 tahun ke atas.



Setakat ini, Indonesia mencatatkan lebih 6.7 juta kes jangkitan Covid-189 manakala kadar kematian pula sudah menghampiri 161,000 kes. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >