Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lapor subvarian JN.1 terkawal walau kes Covid-19 naik

Dec 21, 2023 | 12:14 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan berkata bahawa penularan subvarian JN.1 virus Covid-19, masih terkawal walaupun jumlah kes meningkat.


“Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital di ICU (Unit Jagaan Rapi) masih rendah,” kata Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, Encik Imran Pambudi.

Beliau berkata dalam menentukan tahap risiko Covid-19, kementerian mengambil kira tiga faktor: bilangan kes, bilangan yang perlu dimasukkan ke hospital dan bilangan yang perlu dimasukkan ke ICU.

Sementara situasi Covid-19 masih terkawal, pemerintah sedang melaksanakan perencanaan bagi menjangkakan lonjakan kes, akibat penularan subvarian JN.1, tambahnya, dipetik akhbar, Tempo.


“Kami telah mengarahkan hospital menyediakan oksigen dan ubat-ubatan,” katanya.

Encik Pambudi berkata setakat ini, belum ada jangkitan baru bagi virus Covid-19 dan subvarian JN.1 adalah daripada varian Omicron.

Beliau berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan pemerintah wilayah, untuk memantau tarikan pelancong, bagi menjangkakan lonjakan kes Covid-19 semasa cuti Krismas dan Tahun Baru.

“Kami terus memantau sama ada strain baru di luar Omicron muncul. Kami sentiasa memantau penghunian ICU dan berapa ramai pesakit yang memerlukan rawatan serius,” tambahnya.

Kementerian telah menyediakan surat pekeliling yang meminta pemerintah wilayah memastikan kemudahan kesihatan dilengkapi dan terdapat kakitangan secukupnya, ujar beliau.

Encik Pambudi berkata masyarakat perlu melaksanakan protokol kesihatan, seperti memakai pelitup dan mencuci tangan serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu.

Selain itu, mereka yang belum mendapat dos vaksin penggalak, dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan itu secepat mungkin, katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >