Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hezbollah pintas dron Israel di selatan Lebanon

Apr 22, 2024 | 12:51 PM



AMMAN: Kumpulan Hezbollah, yang disokong Iran, berkata pada 21 April bahawa mereka telah menembak jatuh dron Israel yang sedang dalam misi tempur di selatan Lebanon.


“Dron yang diluncurkan ke atas kawasan Al Aishiyeh di selatan Lebanon itu disasarkan terhadap rakyat kami,” kata satu kenyataan oleh kumpulan itu.

Tentera Israel dan kumpulan bersenjata Hezbollah telah berbalas tembak sejak lebih enam bulan selari dengan perang Gaza, dalam permusuhan paling serius sejak mereka terlibat dalam perang dalam 2006.

Hezbollah berkata dron itu adalah Hermes 450 Israel berbilang muatan yang dihasilkan oleh Elbit Systems, pengeluar senjata yang berpangkalan di Israel.


Pertempuran telah mencetuskan kebimbangan tentang risiko peningkatan selanjutnya.

Sekurang-kurangnya 370 warga Lebanon, termasuk lebih 240 pejuang Hezbollah dan 68 orang awam, telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan tentera Israel, menurut pengiraan Reuters.


Seramai 18 warga Israel, termasuk askar dan orang awam, telah terbunuh di sempadan Israel.

Sementara itu, Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei mengucapkan terima kasih kepada angkatan bersenjata negaranya bagi operasi mereka terhadap Israel, dan menggesa mereka supaya “tidak henti-henti melakukan inovasi ketenteraan dan mempelajari taktik musuh”, lapor agensi berita rasmi Iran pada 21 April.

Teheran secara terbuka menyasarkan Israel secara langsung buat kali pertama pada 13 April, dengan lebih 300 peluru berpandu dan dron diluncurkan dalam apa yang dikatakan sebagai tindakan balas terhadap pengeboman maut – dipercayai dilancarkan Israel – ke atas kedutaannya di Damsyik, Syria, pada 1 April.

Serangan itu membunuh beberapa komander kanan kor revoIusi Iran. Israel tidak mengesahkan atau menafikan ia melakukan serangan tersebut.

“Berapa banyak peluru berpandu yang dilancarkan dan berapa banyak daripadanya mengenai sasaran mereka bukanlah persoalan utama. Yang penting ialah Iran menunjukkan kemahuan semasa operasi itu,” kata Encik Khamenei.

Pada awal 19 April, letupan dilaporkan berlaku di bandar Isfahan di Iran dalam apa yang dikatakan sumber sebagai serangan Israel.

Bagaimanapun, Teheran mengecilkan insiden itu dan berkata ia tidak mempunyai rancangan untuk membalas dendam, satu tindak balas yang dikatakan bertujuan mengelakkan perang di seluruh Timur Tengah.

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, telah menggesa agar “lingkaran tindak balas berbahaya” di Timur Tengah segera dihentikan bagi memastikan konflik tidak bertambah buruk, kata jurucakapnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >