Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FBI: Tiada ancaman dalaman dikesan menjelang upacara perasmian

usa
Jan 20, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemangku ketua Pentagon mengatakan kelmarin bahawa Biro Siasatan Federal (FBI) sedang membantu pihak tentera Amerika Syarikat dalam memeriksa lebih 20,000 anggota Pengawal Nasional yang dikerahkan untuk membantu melindungi Bangunan Capitol semasa upacara pelantikan Presiden Diplih, Encik Joe Biden, bagi menangani sebarang kemungkinan isu keselamatan.



Selepas serangan Capitol pada 6 Januari lalu oleh penyokong Presiden Donald Trump yang mengakibatkan lima orang maut dan menyebabkan penggubal undang-undang terpaksa bersembunyi, pemerintah Amerika telah melaksanakan langkah keselamatan yang belum pernah dilakukan sebelumnya di sekitar Capitol, termasuk pagar yang tidak dapat dipanjat dan kawasan luas zon keselamatan yang dilarang masuk kepada orang ramai.



Pemangku Setiausaha Pertahanan, Encik Christopher Miller, dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan tersebut adalah "biasa bagi sokongan ketenteraan buat upacara keselamatan yang besar... Walaupun kita tidak mempunyai perisikan yang menunjukkan adanya ancaman orang dalam, kita tidak akan mengambil sebarang risiko untuk memastikan keselamatan ibu kota".



Encik Miller berkata beliau menghargai "sokongan FBI dalam membantu tugas itu dan kepada lebih daripada 25,000 Pengawal Nasional".



Media Washington Post melaporkan kelmarin bahawa FBI, dalam satu laporan perisikan, memberi amaran kepada agensi penguatkuasaan undang-undang bahawa pelampau sayap kanan telah membincangkan untuk menyamar sebagai anggota Pengawal Nasional di Washington.



Akhbar itu menambah bahawa laporan itu tidak mengenal pasti sebarang rancangan khusus untuk melakukan serangan semasa upacara pelantikan itu.



Pihak tentera Amerika mengatakan semalam bahawa ia sedang bekerjasama dengan FBI untuk melihat apakah ada penyerang Capitol sebelum ini merupakan anggota tentera dan bekerjasama dengan Perkhidmatan Rahsia untuk melihat apakah ada antara 10,000 anggota Pengawal Nasional yang ditugaskan dalam upacara pelantikan Encik Biden perlu menjalani pemeriksaan tambahan.



Ditanya mengapa pihak berkuasa melihat latar belakang setiap anggota Pengawal Nasional yang dikerah membantu melindungi kawasan sekitar upacara mengangkat sumpah itu, Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Encik Peter Gaynor, pula berkata:



"FBI dan yang (agensi) lain memutuskan langkah ini adalah perlu."



Beliau memberitahu Fox News bahawa beliau belum melihat sebarang bukti mengenai adanya serangan orang dalam yang dirancangkan, tetapi pihak berkuasa tidak ingin membiarkan sebarang kemungkinan yang berkaitan dengan potensi ancaman berkaitan acara pemindahan kuasa secara aman di Washington.



Pemerintah Amerika telah selama beberapa hari menyekat akses ke taman awam utama termasuk National Mall di Washington dan menutup jambatan yang melintasi Sungai Potomac antara Virginia dengan District of Columbia.



Lebih sedozen stesen kereta bawah tanah telah ditutup buat sementara waktu sehingga selepas upacara pelantikan Encik Biden. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >