Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INSIDEN TEMBAKAN DI TEXAS

Biden gesa kawalan senjata lebih ketat

May 26, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat mesti menentang lobi senjata api dan memberi tekanan kepada anggota Kongres mereka supaya meluluskan undang-undang senjata api yang lebih ketat, kata Presiden Amerika, Encik Joe Biden.



Beliau berkata demikian menyusuli kejadian pembunuhan sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak dan dua guru dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah Texas kelmarin.



"Sebagai satu negara, kita perlu bertanya, 'Bila kita akan menentang (pihak) lobi senjata', dan kita melakukan apa yang kita semua tahu apa yang perlu dilakukan," kata Encik Biden.



"Saya muak dan bosan dengannya. Kita perlu bertindak. Dan jangan beritahu saya kita tidak terkesan pada pembunuhan beramai-ramai ini."



Dalam kejadian di Texas itu, pihak berkuasa menyatakan seorang remaja lelaki bersenjata berusia 18 tahun telah melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di selatan negeri itu sebelum dia dikatakan ditembak mati pegawai polis.



Kejadian tembakan melibatkan pembunuhan beramai-ramai di Amerika sering disusuli bantahan awam dan seruan untuk bertindak oleh anggota Parti Demokrat, namun dasar keselamatan senjata api seperti pemeriksaan latar belakang pembeli, seperti diamalkan negara lain, telah gagal ekoran tentangan kuat parti Republikan.



Encik Biden menuntut tindakan namun tidak membentangkan tindakan yang ingin diambilnya, atau meminta undian dalam Kongres atau perubahan dasar.



Amerika mengalami 61 insiden "penembak aktif" tahun lalu, satu kenaikan mendadak berbanding tahun sebelumnya dan jumlah tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun, lapor Biro Siasatan Federal (FBI) minggu ini.



Gabenor Texas, Encik Greg Abbott, berkata penembak itu dikatakan ditembak mati pegawai polis, dengan dua pegawai terkena tembakannya, tetapi kecederaan mereka tidak serius.



Penduduk bandar itu yang berjumlah sekitar 16,000 orang, hampir 80 peratus adalah kaum Hispanik atau Latino, menurut data banci Amerika.



Murid di sekolah itu pula merangkumi kanak-kanak di darjah dua, tiga dan empat, menurut Encik Pete Arredondo, ketua di sebuah jabatan polis daerah di situ.



Mereka berusia antara tujuh dengan 10 tahun.



"Hati saya hancur hari ini," kata superintenden sekolah peringkat daerah, Dr Hal Harrell, kepada pemberita dengan suaranya bergetar penuh emosi.



"Kami adalah masyarakat kecil dan kami memerlukan doa anda untuk membantu kami melalui ini."



Sekumpulan 40 ahli keluarga telah dibawa keluar dari Pusat Sivik Willie de Leon sekitar 11.30 malam.



Ada yang menangis di tempat letak kereta sambil berpaut antara satu sama lain sedang polis mengiringi orang ramai ke kereta masing-masing.



Pembunuhan beramai-ramai di Texas itu berlaku hanya 10 hari selepas 10 orang terbunuh di Buffalo, New York, di kawasan kejiranan yang kebanyakannya penduduk berkulit hitam.



Pihak berkuasa telah mendakwa seorang lelaki berusia 18 tahun yang menurut mereka telah melakukan perjalanan ratusan kilometer ke bandar Buffalo lalu melepaskan tembakan dengan senapang di sebuah kedai runcit.



Hospital Universiti di San Antonio menyatakan pihaknya telah menerima dua pesakit ekoran kes tembakan di Uvalde - seorang wanita berusia 66 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, kedua-duanya dikatakan dalam keadaan kritikal.



Tembakan di Texas itu adalah antara paling serius di sebuah sekolah Amerika sejak seorang lelaki bersenjata membunuh 26 orang, termasuk 20 kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun, dalam kejadian amuk di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut pada Disember 2012.



Senjata api menjadi punca utama kematian kanak-kanak dan remaja Amerika pada 2020, mengatasi kemalangan kenderaan bermotor, menurut satu penyelidikan Universiti Michigan yang diterbitkan dalam New England Journal Of Medicine bulan lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >