Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Gencatan senjata di Gaza kini‘di tangan Hamas’

Mar 06, 2024 | 01:27 PM



KAHIRAH/RAFAH/GAZA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata pada 5 Mac bahawa terserah kepada Hamas kini sama ada untuk menerima perjanjian gencatan senjata di Gaza sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan Israel.


Beliau menyatakan demikian ketika rundingan gencatan senjata masuk hari ketiga tanpa sebarang tanda kejayaan.

Perunding daripada kumpulan Hamas, Qatar dan Mesir – tetapi tanpa delegasi Israel – berada di Kahirah untuk rundingan bagi melaksanakan gencatan senjata selama 40 hari pada Ramadan, yang bermula awal minggu depan.

Perjanjian yang dibentangkan kepada Hamas antara lain bakal menyaksikan pembebasan beberapa tebusan yang ditawan militan Palestin dalam serangan 7 Oktober, bantuan kepada Gaza akan ditingkatkan untuk cuba menghindari masalah kebuluran di wllayah Palestin itu dan Hamas akan menyediakan senarai nama semua tebusan yang ditahannya.

Pembebasan tebusan yang sakit, cedera, warga emas dan wanita akan dilakukan serta-merta apabila gencatan senjata dilaksanakan di Gaza sekurang-kurangnya enam minggu.

Ini ditegaskan Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik Jake Sullivan, dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, dalam pertemuan pada 5 Mac.

Dalam satu kenyataan, Rumah Putih berkata: “Fasa pertama gencatan senjata ini juga akan membolehkan lonjakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, dan menyediakan masa dan ruang untuk mendapatkan aturan yang lebih berkekalan dan ketenangan yang berterusan.”

Terdahulu di Beirut, pegawai kanan Hamas, Encik Osama Hamdan, mengulangi tuntutan utama kumpulannya: Israel menamatkan serangan, pengunduran tentera Israel serta kepulangan semua rakyat Gaza ke rumah masing-masing.

Israel pula mahu pertempuran dihentikan seketika untuk membolehkan tebusan dibebaskan dan lebih banyak bantuan disalurkan ke Gaza tetapi ia tidak akan menamatkan konflik sebelum Hamas “dihapuskan”.

Washington, penyokong utama Israel dan penaja rundingan itu, juga meletakkan tanggungjawab di bahu penguasa Gaza.

“Ia berada di tangan Hamas sekarang. Israel telah bekerjasama. Terdapat tawaran rasional,” kata Encik Biden kepada pemberita.

“Jika kita sampai pada keadaan bahawa ia (berperang) berterusan hingga Ramadan... ia akan menjadi sangat berbahaya.”

Keganasan Palestin-Israel di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki Israel sering meningkat semasa Ramadan, begitu juga permusuhan terhadap Israel di dunia Arab dan Islam, mewujudkan insentif yang kuat untuk para pemimpin mencapai perjanjian sebelum ketibaan bulan suci itu.

Pegawai kanan Hamas, Encik Bassem Naim, berkata Hamas telah membentangkan draf perjanjiannya sendiri, dan sedang menunggu jawapan daripada Israel, sambil menambah:

“Perdana Menterinya Encik Benjamin Netanyahu, enggan mencapai persetujuan dan perkara ini kini berada di mahkamah Amerika.”

Israel dilaporkan telah menjauhkan diri daripada rundingan kerana Hamas enggan memberikan senarai tebusan yang masih hidup.

Encik Naim berkata ini mustahil dilakukan tanpa gencatan senjata kerana tebusan bertaburan di zon perang dan ditahan oleh kumpulan berasingan.

Dalam masa yang sama, Belgium menghantar pesawat tentera untuk menyertai operasi antarabangsa bagi menggugurkan bantuan di Gaza.

Operasi itu turut membabitkan Amerika, Perancis dan Jordan.

Bantuan itu dibawa ke Jordan, sebelum diperiksa dan mendapat lampu hijau Israel untuk digugurkan.

Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Mac memaklumkan konvoi bantuannya dihalang untuk memasuki pusat pemeriksaan ke utara Gaza oleh tentera Israel, sebelum ia ‘dirompak’ oleh pelarian yang terdesak.

Program Makanan Sedunia (WFP) berkata konvoi makanan 14 trak itu telah menunggu di pusat pemeriksaan Wadi Gaza, di tenggara Gaza, selama tiga jam sebelum dihalang oleh tentera Israel.


Ini adalah percubaan pertama konvoi sejak agensi itu menghentikan penghantaran ke utara Gaza pada 20 Februari lalu, selepas konvoi traknya berdepan tembakan dan rompakan.


Pada masa itu, agensi terbabit menyifatkan keadaan di utara Gaza sebagai diselubungi ‘kekacauan dan keganasan sepenuhnya akibat keruntuhan ketenteraman awam’. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >