Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amy Search turun padang

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bagi penyanyi dan pelakon Datuk Suhaimai Rahman yang juga dikenali sebagai Amy Search dan pelakon filem serta drama, Azhan Rani, mereka tidak dapat melelap mata untuk tidur apabila mengenang kejadian banjir yang meragut banyak nyawa dan kehilangan harta benda dalam sekelip mata saja.



Berikutan itu, kededua mereka menggunakan cara tersendiri untuk membantu mangsa banjir melalui rakan sukarela yang tidak penat membantu hanya kerana begitu simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir tersebut.



Amy bersama relawan Summit Attack Resources (SAR); As Siddiq Aid dan Amy Search Phewiiit Coffee turun ke kawasan perumahan Persiaran Hamzah dan SMK Meru, Klang, untuk membantu membersihkan kediaman dan sekolah selain memberi bantuan pakaian pada 23 Disember lepas.



Azhan pula bersama relawan Pajero Revolution Community@PRC; ECJ CARES dan HZ Auto Service memulakan mengantar bantuan makanan dan peralatan keperluan harian di Meru, Ijok, Puchong Selangor dan Bentong, Pahang, sejak Isnin lepas.



Datuk Amy berkata sejak hari pertama bencana lagi beliau amat tersentuh apabila membaca dan melihat video serta gambar dengan nasib mereka yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda yang tidak ternilai harganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >