Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Bekalan senjata dihenti jika Israel serang Rafah

May 09, 2024 | 01:30 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 8 Mei secara terbuka memberi amaran kepada Israel buat kali pertama bahawa Amerika akan menghentikan bekalan senjata jika tentera Israel melakukan pencerobohan besar-besaran ke atas Rafah, sebuah bandar yang sesak dengan pelarian di selatan Gaza.


“Saya jelaskan bahawa jika mereka menyerang Rafah... saya tidak akan membekalkan senjata yang telah digunakan selama ini untuk menangani Rafah, serta bandar-bandar yang berkaitan dengan masalah itu,” kata Encik Biden dalam satu temu bual dengan CNN.

Komen Encik Biden dengan bahasa paling keras setakat ini, disuarakan dalam usahanya menghalang serangan Israel ke atas Rafah.

Kata-kata tegas itu juga mencerminkan perpecahan yang semakin meningkat antara Amerika dengan Israel, sekutu terkuatnya di Timur Tengah.

Encik Biden mengakui senjata Amerika telah digunakan oleh Israel untuk membunuh orang awam di Gaza sejak perang berlarutan selama tujuh bulan untuk memusnahkan Hamas.

Serangan balas dan berterusan Israel sejak perang meletus 7 Oktober, telah membunuh 34,789 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

“Orang awam telah terbunuh di Gaza akibat dibom dan menerusi cara lain yang mereka sasarkan terhadap kawasan pesat penduduk,” ujar beliau ketika ditanya mengenai bom seberat 2,000 paun yang dihantar ke Israel.

Seorang pegawai kanan Amerika, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata, Washington telah menyemak dengan teliti penghantaran senjata yang mungkin digunakan di Rafah dan akibatnya telah menghentikan penghantaran 1,800 butir bom seberat 2,000 paun (907 kilogram) setiap satu dan 1,700 butir bom seberat 500 paun setiap satu.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Gilad Erdan, awal minggu ini menyifatkan keputusan Washington untuk menangguhkan penghantaran senjata itu “sangat mengecewakan” walaupun beliau tidak percaya Amerika akan berhenti membekalkan senjata kepada Israel.

Israel telah menyerang Rafah, tempat perlindungan lebih sejuta rakyat Palestin, tetapi Encik Biden berkata beliau tidak menganggap serangan Israel itu sebagai pencerobohan berskala penuh kerana mereka tidak menyerang “pusat penduduk”.

Temu bual itu dikeluarkan beberapa jam selepas Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd J. Austin, mengakui secara terbuka keputusan Encik Biden untuk menahan penghantaran beribu-ribu bom, dibuat kerana prihatin terhadap Rafah.

Amerika merupakan pembekal terbesar senjata kepada Israel, dan ia mempercepatkan penghantaran selepas serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang telah membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Pada 2016, Amerika dan Israel menandatangani Memorandum Persefahaman yang menyediakan bantuan ketenteraan AS$38 bilion ($51.6 bilion) dalam tempoh 10 tahun, geran AS$33 bilion untuk membeli peralatan ketenteraan dan AS$5 bilion untuk sistem pertahanan peluru berpandu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >