Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Ada dakwa Muhyiddin hadapi 'tuduhan terpilih' sedang Anwar tegaskan tidak campur tangan

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



SETELAH bekas perdana menteri Encik Najib Tun Razak dihadapkan ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum 2018 (PRU14) Malaysia, kini kulster mahkamah bertukar baton.



Pada Jumaat, seorang lagi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diheret ke mahkamah, sekali gus Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai beliau mewarisi nasib Umno, yang pernah diketuai Encik Najib



Dijangka gelombang hijau pasca-PRU15 menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bakal memberikan banyak kesan terhadap gelombang untuk menarik pengundi muda.



Perdana Menteri Malaysa, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis menegaskan adalah tidak benar bagi pihak tertentu mengatakan semua kes melibatkan pemimpin parti politik yang disiasat atau dihadapkan ke mahkamah bermotifkan politik.



Beliau berkata sekiranya benar setiap dakwaan ke atas pemimpin politik bermotifkan politik, pihak berkuasa sudah tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka walaupun anggota politik tersebut disyaki terlibat dalam rasuah selepas ini.



Datuk Anwar turut mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa beliau tidak campur tangan dalam kes membabitkan Tan Sri Muhyiddin, namun beliau mengakui ada memberi arahan kepada semua agensi berkaitan, termasuk Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara supaya bertindak terhadap kes yang disyaki ada kaitan dengan salah guna kuasa dan ketirisan dana kerajaan.



Pada Khamis, bertiup kencang di ibu kota dan semua pelusuk negara mengenai Tan Sri Muhyiddin, pengerusi gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN), akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan di bawah Akta SPRM dan ia menjadi kenyataan pada Jumaat.



Mereka yang yakin pada sistem perundangan percaya bahawa semua urusan siasatan adalah di bawah bidang kuasa SPRM berdasarkan fakta dan bukti yang diperolehi, sebelum Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa di mahkamah atau sebaliknya.



Yang melihat ia sebagai satu konspirasi termasuk timbalan presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan, yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin menghadapi 'tuduhan terpilih' bagi menutup isu melibatkan Umno dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkaitan perhimpunan agung Umno meluluskan usul tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu.



"Tuduhan mutakhir ini lebih bersifat tuduhan terpilih bagi melindungi dan mengelak dan menutup satu isu yang besar berlaku dalam komponen kerajaan campuran, iaitu Umno.



"Jadi isu ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menutup isu sebenar dan kita yakin bahawa tuduhan ini adalah pertuduhan terpilih dan kita harap Tan Sri Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah," kata Datuk Tuan Ibrahim.



Ada pihak menyifatkan siasatan SPRM dan dakwaan di mahkamah itu sebagai satu permulaan kepada usaha melumpuhkan Bersatu, selain gerakan yang akan berterusan terhadap parti itu.



Penyokong Tan Sri Muhyiddin mengadakan solat hajat pada malam Khamis di markas PAS Taman Melewar di Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap presiden Bersatu itu.



Satu lagi perhimpunan akan berlangsung di Rusila, Terengganu, pada malam Jumaat.



Bersatu dan PAS antara parti koponen PN.



Pada perhimpunan malam Khamis, lebih 1,000 penyokong PN berkumpul bagi menunjukkan perpaduan bersama Tan Sri Muhyiddin.



Majlis itu diisi dengan ceramah oleh pemimpin PN, termasuk Tan Sri Muhyiddin.



Dalam ucapannya, Tan Sri Muhyiddin mengulangi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >