Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tiada bukti rasuah, salah laku oleh Shanmugam, Vivian kes sewa banglo di Ridout Road: CPIB

Jun 28, 2023 | 05:43 PM



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata ia tidak menemui sebarang bukti rasuah atau salah laku jenayah oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkaitan penyewaan banglo hitam putih milik negara di Ridout Road.

CPIB mengeluarkan laporannya pada Rabu (28 Jun) setelah melakukan siasatan bebas atas arahan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

CPIB melapor terus kepada Perdana Menteri dan mempunyai kuasa yang diperlukan untuk memutuskan sama ada sebarang rasuah atau salah laku jenayah telah berlaku.

Encik Lee telah mengarahkan CPIB menjalankan siasatan tersebut pada 17 Mei 2023 berikutan soalan-soalan yang timbul daripada tuduhan yang dibuat terhadap Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan berkaitan hal tersebut.

Hasil siasatan CPIB itu serta laporan semakan yang dijalankan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah dikemukakan kepada Parlimen pada Rabu.

Encik Shanmugam menyewa banglo di 26 Ridout Road dan Dr Balakrishnan pula menyewa banglo di 31 Ridout Road.

Dalam laporannya, CPIB turut mengatakan ia tidak menemui sebarang bukti bahawa layanan keutamaan istimewa telah diberikan kepada kedua-dua menteri itu atau isteri-isteri mereka dalam urus niaga penyewaan banglo di 26 dan 31 Ridout Road itu.

Bahkan, menurut biro tersebut, pengurus pajakan Penguasa Tanah Singapura (SLA) yang terlibat dalam urus niaga tersebut telah dengan jelas menyatakan bahawa semua prospek dan penyewa harus dilayan sama rata dan tiada layanan istimewa diberikan kepada ‘VVIP’.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ejen pengurusan (MA) yang mengendalikan urus niaga sewa 31 Ridout Road yang mengemukakan soalan sama ada terdapat layanan lain bagi VVIP.

Memberi butiran lanjut, CPIB dalam laporannya berkata kedua-dua Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan telah menyewa banglo masing-masing melalui penyewaan langsung.

Hartanah milik negara boleh disewakan melalui dua cara iaitu bidaan terbuka (ketika keadaan pasaran baik) atau penyewaan langsung (ketika keadaan pasaran kurang baik), menurut SLA.

Di bawah sistem penyewaan langsung, tawaran hanya akan diterima jika bakal penyewa menawarkan harga yang sama atau lebih tinggi daripada harga Panduan Sewa.

Panduan Sewa ialah mekanisme utama yang melaluinya, SLA memastikan hartanah milik negara disewakan pada kadar pasaran yang saksama.

Siasatan CPIB mendapati kadar sewa yang dibayar kedua-dua menteri berkenaan adalah pada kadar pasaran yang saksama.

Ia menambah bahawa tiada bukti bahawa kedua-dua menteri diberi kadar sewa yang lebih baik disebabkan kedudukan mereka.

Malah, sewa yang dibayar Dr Balakrishnan iaitu sebanyak $19,000 sebulan adalah lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan Panduan Sewa, sementara sewa yang dibayar Encik Shanmugam iaitu sebanyak $26,500 sebulan adalah setaraf dengan yang ditetapkan Panduan Sewa.

Namun, CPIB mendapati bahawa penggunaan istilah “panduan sewa” oleh SLA berkenaan 26 Ridout Road adalah “kurang tepat”.

Disebabkan itu, kenyataan awal yang dikeluarkan SLA pada 12 Mei 2023 yang mengatakan bahawa tawaran sewa oleh Encik Shanmugam melebihi panduan sewa adalah tidak betul.

“Yang sebenarnya, sewa yang dibayar Menteri Shanmugam adalah sama dengan panduan sewa yang betul ke atas hartanah tersebut,” jelas CPIB dalam laporannya.

Biro itu mendapati bahawa isu tersebut tidak berpunca daripada sebarang niat jahat oleh mana-mana pegawai SLA yang terlibat dan ia tidak menemui bukti sebarang penyalahgunaan jawatan yang disengajakan dalam penilaian hartanah tersebut.

Pejabat Peguam Negara (AGC) telah bersetuju dengan dapatan siasatan yang dijalankan dan mengarahkan supaya tiada tindakan lanjut perlu diambil kerana fakta-fakta yang terbentang tidak mendedahkan sebarang kesalahan.

Oleh itu, siasatan terhadap isu tersebut ditutup.

Encik Lee telah menerima kedua-dua laporan CPIB dan Encik Teo dan mengarahkan supaya ia diterbitkan dan dibentangkan di Parlimen.

Soalan-soalan berkaitan hal tersebut akan ditangani di Parlimen pada 3 Julai 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >