Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

EnterpriseSG lantik pengarah urusan baru mulaiMac

Feb 14, 2024 | 06:43 PM



Enterprise Singapore (EnterpriseSG) akan mempunyai peneraju kepimpinan baru mulai 1 Mac.

Cik Cindy Khoo, yang kini Timbalan Setiausaha Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri (PMO), akan menggantikan Encik Jeffrey Siow sebagai pengarah urusan, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 14 Februari.

Cik Khoo, 43 tahun, memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam Singapura di MTI sebagai pegawai perdagangan.

Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan di Kementerian Kesihatan, PMO, Divisyen Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.

Beliau menyertai Kumpulan Strategi dalam PMO pada 2019, menyelia fungsi seperti perancangan strategik, niaga hadapan dan pembangunan organisasi, sebelum memegang jawatan semasa beliau sebagai timbalan setiausaha pada September 2021.

Cik Khoo akan berundur daripada jawatannya di PMO untuk mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya di EnterpriseSG pada 1 April.

Encik Siow, 45 tahun, yang juga ketua pegawai operasi EnterpriseSG dan telah berkhidmat sejak September 2021, mengeratkan hubungan dengan persatuan dan dewan perdagangan, badan piawaian dan akreditasi, kesatuan sekerja dan pemimpin perniagaan sepanjang tempoh perkhidmatannya, kata MTI.

Beliau juga mengetuai usaha pendigitalan EnterpriseSG dan meluaskan jangkauan global agensi itu dengan mengukuhkan hubungan dengan pemerintah asing dan organisasi perniagaan.

Sebagai pengerusi Seeds Capital, cabang pelaburan EnterpriseSG, Encik Siow mengetuai pelaburan pemerintah dalam peringkat awal syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura, menyelia saiz dana lebih $500 juta dan lebih daripada 150 portfolio syarikat, lapor The Straits Times.


Beliau dilantik sebagai setiausaha tetap kedua bagi tenaga kerja pada 1 Januari. Sebelum menyandang jawatan ini, beliau adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pelantikan pengarah urusan baru dibuat selepas EnterpriseSG mengumumkan bahawa ia akan menukar model kepimpinannya daripada mempunyai pengerusi bukan eksekutif dan ketua eksekutif kepada yang akan mempunyai pengerusi eksekutif dan pengarah urusan.

MTI berkata dalam satu kenyataan pada 24 Januari bahawa model kepimpinan baru itu akan meningkatkan penglibatan strategik agensi tersebut dengan rakan perniagaan dan memajukan kepentingan ekonomi Singapura dan kepentingan syarikat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >