ADA dua tanda rait biru. Dia sudah baca. Tetapi kenapa tidak dibalas? Eee... Geramnya! Hendak mesej lagi atau tunggu sahaja? Kalau mesej lagi, nanti dia ingat saya terlalu mendesak, tak?
Pelbagai soalan bermain dalam minda selepas dua tanda rait biru itu muncul di sebelah mesej yang saya hantar kepada kenalan menerusi aplikasi WhatsApp.