SELAIN bentuk pantun atau sastera rakyat, jenis karya atau genre tulisan yang bercorak agama Islam telah digolongkan oleh para sarjana pengajian Melayu dalam beberapa kategori lain sebagai "Sastera Kitab", "Cerita-cerita Nabi" dan "Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan".
Dakwah dan pendidikan Islam disampaikan di masjid, surau, pondok pesantren, madrasah dan istana kerajaan Melayu.