HABSAH guru yang baru saja tamat latihan perguruan dan ketika ini libur, ke Kelantan kerana sudah lama dia mempunyai keinginan untuk bertemu dua personaliti di Malaysia.
Pertama, dengan bekas penyanyi Aisyah yang telah menjadi pendakwah sekali gus ahli siasah. Personaliti kedua, bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.