Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas kesatuan wadah juang kemajuan pekerja wanita

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



PADA usia 32 tahun, Cik Nur Akidah Ramad bukan sahaja sibuk melakukan tugas sebagai eksekutif penjadualan di sebuah syarikat penyiaran di sini, malah turut meluangkan masanya menyokong pekerja lain sebagai seorang pemimpin kesatuan.



Penolong Bendahari Umum Kesatuan Kakitangan Penyiaran Singapura (SUBE) itu telah dilantik menyertai Program Kepimpinan Kesatuan bagi Wanita yang pertama kali diadakan pada 2019.



Program tersebut dianjurkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebagai sebahagian usaha membantu mempersiap lebih ramai wanita memegang jawatan kepimpinan dalam kesatuan.



Ketika dihubungi, Cik Nur Akidah yang menyertai SUBE pada 2018 berkata beliau memang suka melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan kesatuan tersebut.



"Saya memang suka menyertai acara-acara sukarela di mana kita dapat mengenal lebih ramai orang.



"Waktu itu pun saya ingin tahu apa yang mereka (kesatuan) lakukan, peranan kesatuan dalam sebuah syarikat dan sebagainya, dan saya pun mahu membantu rakan sekerja lain," kata beliau.



Menurutnya, SUBE akan menganjurkan acara, aktiviti dan jerayawara bagi anggotanya serta untuk menarik lebih ramai pekerja menyertai kesatuan tersebut.



Namun, sejak wabak Covid-19 berleluasa, kebanyakan aktiviti terpaksa dilakukan secara dalam talian.



Antara ceramah yang pernah dianjurkan termasuk berkaitan pengurusan stres, psikologi dan meditasi serta kemas kini Akta Pekerjaan.



Sempena sambutan Hari Ibu pada 2019, mereka juga telah menganjurkan ceramah tentang kesihatan wanita dan tahun lalu, sebuah bengkel urut untuk menguruskan wajah telah diadakan melalui Zoom.



Ceramah dan acara-acara itu dianjurkan bagi anggota kesatuan, kata Cik Nur Akidah.



Menyentuh tentang program kepimpinan yang telah disertainya dua tahun lalu pula, Cik Nur Akidah berkata banyak yang telah dipelajarinya.



Diadakan selama enam bulan dengan satu sesi setiap bulan, program tersebut telah memberinya peluang "berjumpa orang lain yang mempunyai fikiran serupa daripada pelbagai industri berbeza".



"Ia membolehkan kami belajar daripada satu sama lain dan telah membantu saya memperluas jaringan kenalan saya," ujar beliau.



Walaupun sibuk dengan tugas hariannya, beliau tidak pernah menganggap apa yang dilakukannya di SUBE sebagai satu beban.



Ini meskipun beliau perlu menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif kesatuannya itu sebulan sekali serta menyertai perbincangan dua jawatankuasa kecil sekitar dua kali sebulan.



Jawatankuasa eksekutif SUBE dianggotai 24 anggota, 10 daripada mereka merupakan wanita, menurut Cik Nur Akidah.



"Pada saya, saya tidak menganggapnya satu bebanan.



"Asalkan saya selesaikan tugas dan dapat membahagikan masa dengan baik, saya tak ada masalah memberikan sedikit waktu untuk melakukan kerja-kerja kesatuan sebab memang saya suka libatkan diri," ujar beliau.




"Saya memang suka menyertai acara-acara sukarela di mana kita dapat mengenal lebih ramai orang. Waktu itu pun saya ingin tahu apa yang mereka (kesatuan) lakukan, peranan kesatuan dalam sebuah syarikat dan sebagainya, dan saya pun mahu membantu rakan sekerja lain... Pada saya, saya tidak menganggapnya satu bebanan. Asalkan saya selesaikan tugas dan dapat membahagikan masa dengan baik, saya tak ada masalah memberikan sedikit waktu untuk melakukan kerja-kerja kesatuan sebab memang saya suka libatkan diri.''
- Cik Nur Akidah Ramad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >