PAK Raihan duduk menghirup teh panas sambil memasang telinga mendengar perbualan rancak lat beberapa meja daripada tempat duduknya.
Seorang lelaki lewat 30-an tahun berjanggut dikerumuni beberapa pelanggan kedai yang sedang khusyuk mendengar 'ceramah' yang diberi. Atas meja bulat yang berkumpul gelas-gelas mengandungi teh dan kopi itu kelihatan sebuah alat tablet yang sedang memainkan video.