SELEPAS lebih 20 tahun berbakti kepada Masjid Al-Istiqamah sebagai seorang sukarelawan, Cik Zuraida Mustafa berasa sangat beruntung - mendapat pendedahan berguna untuk pembangunan dirinya dari segi duniawi dan ukhrawi.
Ibu empat anak ini berkata dengan menjadi sukarelawan, beliau bukan setakat menyumbang tenaga dan masa, bahkan buah fikiran kerana diberi ruang merancang, melakar dan melaksana projek dan program dakwah, khususnya bagi kaum Muslimah.