Manchester City akan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) musim 2023-24, kata bekas penjaga gol England, David James.
James, 53 tahun, memilih City sebagai juara berbanding dua lagi pencabar – Arsenal dan Liverpool – kerana percaya anak didik Pep Guardiola memiliki mentaliti kuat untuk terus berjuang habis-habisan hingga ke akhir musim.