Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Williams bangkit untuk tempah tempat ke final

Oct 25, 2014 | 06:44 PM



SINGAPURA: Pemain wanita nombor satu dunia, Serena Williams, mematahkan sebatang raketnya gara-gara marah tetapi bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengatasi saingan sengit Caroline Wozniacki 2-6, 6-3, 7-6 (8/6) dalam perlawanan separuh akhir kejohanan BNP Paribas WTA Finals petang tadi.


Juara bertahan sebanyak dua kali itu memulakan permainan dengan agak lembap tetapi selepas mematahkan raketnya dan diberi amaran oleh pengadil, beliau bangkit untuk menguasai set kedua dan muncul pemenang selepas set penentuan.


Williams, juara kejohanan grand slam sebanyak 18 kali, akan berdepan sama ada Simona Halep atau Agnieszka Radwanska, yang akan bermain dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kemudian, sedang berusaha memenangi tiga kejohanan berturut-turut di akhir musim.


Kemenangan semalam adalah yang keempat bagi Williams ke atas Wozniacki tahun ini, termasuk dalam final Terbuka Amerika Syarikat, tetapi tiga daripadanya menyaksikan pertarungan sengit antara kededua rakan karib itu.


"Caroline bermain hebat hari ini dan beliau sukar dikalahkan. Saya rasa sedih kerana beliau sungguh hebat dan sangat baik," tambah Williams.


"Beliau satu-satunya pemain yang belum pernah tewas dalam kejohanan ini dan beliau sewajarnya menang." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >