Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Undian mudah bagi Man U dan Chelsea tetapi perit bagi City dan Arsenal

Aug 28, 2015 | 11:39 AM



MONACO: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, dan anak didiknya mungkin boleh menarik nafas lega menyusuli undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang berlangsung di sini lewat malam tadi.


Pasukan bergelar 'The Red Devils' itu, yang perlu melalui pusingan penentuan sebelum mendapat tempat dalam liga elit Eropah ini, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama PSV Eindhoven, CSKA Moscow dan Wolfsburg - kumpulan yang boleh dianggap lebih mudah berbanding jirannya dan musuh tradisi, Manchester City.


Pendahulu Liga Perdana England ini, yang memulakan musim baru dengan hebat sekali dan memenangi kesemua tiga perlawanan sejauh ini, bagaimanapun memikul tugas berat melayakkan diri daripada Kumpulan D yang turut menampilkan tiga pasukan yang gagah - Juventus, Sevilla dan Borussia Monchengladbach.


Laluan mencabar juga menanti Arsenal yang diundi sekali lagi dengan juara Bundesliga, Bayern Munich, dalam Kumpulan F. Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Olyimpiakos dan Dinamo Zagreb.


Bayern pimpinan Pep Guardiola menjadi duri dalam daging Arsenal selepas menyingkirkan anak didik Arsene Wenger dua kali sejak tiga musim lalu.


Sebuah lagi wakil England, Chelsea mungkin tidak boleh komplen - dan seperti United - diiundi dalam kumpulan yang agak mudah. Pasukan pimpinan Jose Mourinho, berada dalam Kumpulan G bersama-sama Porto, Dynamo Kiev dan Maccabi Tel Aviv.


Juara bertahan, Barcelona, pula diundi dalam E bersama-sama Bayer Leverkusen, Roma dan Bate manakala seteru ketatnya, Real Madrid, tidak mampu tersilap langkah jika mahu loloskan diri daripada Kumpulan A yang termasuk Paris Saint-Germain, Shakhtar Donetsk dan Malmo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >