Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tempoh penggunaan kredit ActiveSG dilanjutkan

Nov 28, 2015 | 04:23 PM



HAMPIR 400,000 anggota ActiveSG yang belum menggunakan kredit ActiveSG$100 kini boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember 2016.


Sebelum ini, tarikh luput bagi menggunakan kredit itu adalah pada 31 Disember 2015, bagi anggota yang menerima kredit ActiveSG$100 pada April 2014.


Anggota yang mendaftar menjadi anggota ActiveSG pada 2015 dan 2016 juga diberikan tempoh tambahan setahun bagi menggunakan kredit masing-masing, jika mereka menggunakan kredit sekurang-kurangnya sekali.


Mengumumkan pelanjutan itu di Stadium Yio Chu Kang Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann berkata:


"Menerusi ActiveSG, kami ingin menggalakkan warga dari sepelusuk latar belakang... menjalani gaya hidup sihat dan aktif. Kami berbesar hati dengan respons yang diberikan - hampir sejuta telah mendaftar sejak ia dilancarkan tahun lalu."


Dilancarkan pada 2014, ActiveSG ialah gerakan nasional bagi menggalakkan warga Singapura dan Penduduk Tetap menjalani gaya hidup sihat. Setiap anggota ActiveSG diberikan kredit ActiveSG$100 untuk menggunakan prasarana sukan Sport Singapore (SportSG).


Buat masa ini, ActiveSG telah menarik lebih 920,000 anggota, dengan lebih 60 peratus anggota menggunakan kredit masing-masing.


Menurut SportSG, kebanyakan anggota menggunakan kredit bagi menggunakan kolam renang, gimnasium dan prasarana sukan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >