Dari Incheon (Korea Selatan): SRIKANDI renang negara, Tao Li, memenangi pingat perak pertama Singapura dalam Sukan Asia Incheon 2014 malam tadi apabila beliau menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 50 meter kuak kupu-kupu yang berlangsung di Pusat Akuatik Munhak.
Tao Li menduduki tempat kedua di belakang perenang China, Lu Ying, yang mencatat rekod baru kejohanan itu dengan masa 25.83 saat.