LONDON: Hasrat Liverpool bersaing untuk kejuaraan liga musim ini menerima tamparan hebat selepas Daniel Sturridge mengalami kecederaan betis baru yang bakal mengetepikannya sehingga tahun depan.
Penyerang England berusia 24 tahun itu baru sahaja kembali cergas, selepas lebih dua bulan tidak beraksi, apabila diketepikan akibat kecederaan betis semasa latihan dengan skuad negara pada 31 Ogos.