PEMAIN nasional meneruskan persembahan cemerlang apabila mengalahkan Korea Selatan 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A pertandingan Super Series Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Myanmar, lewat petang semalam.
Dengan menggunakan strategi yang sama menggantikan tekong Muhammad Farhan Amran dengan Mohamed Azreen Sairudin, gandingan tiga serangkai negara dengan mudah mengalahkan Korea Selatan 21-10, 21-10 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi.