JURULATIH Aide Iskandar berharap pasukan Singa Muda dapat mengulangi persembahan bersemangat dan yakin diri yang membolehkan mereka menyekat Oman 3-3 malam kelmarin.
Skuad Bawah 23 Tahun Singapura itu mempamerkan perwatakan dan sikap tidak mahu kalah - bagi menidakkan sangkaan ramai bahawa mereka akan tersingkir awal - dengan bangkit menjaringkan tiga gol serta menyaingi Oman yang berada 85 tangga di atas mereka dalam ranking dunia.