Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa jumpa Papua New Guinea dan Hongkong bulan ini

Sep 01, 2014 | 04:52 PM



PASUKAN bola sepak nasional akan bertemu dengan Papua New Guinea dan Hong Kong dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa bulan ini sebagai persiapan menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki akhir tahun ini.


Pasukan yang dipimpin ketua jurulatih nasional Bernd Stange itu dijadual bertemu Papua New Guinea Sabtu ini (6 September) dan Hong Kong Selasa depan (9 September) di Stadium Hougang, menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).


Papua New Guinea menduduki tangga ke-200 dan Hong Kong berada di kedudukan ke-163 di ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).


Singapura berada di tempat ke-155.


Tunggak pasukan 25 pemain yang diumumkan itu dibentuk oleh sembilan pemain LionsXII dan lapan pemain Courts Young Lions.


Dua pemain yang beraksi dengan kelab asing Hariss Harun (Johor Darul Takzim) dan Adam Swandi (FC Metz) juga dipilih.


Kapten pasukan, Shahril Ishak yang beraksi untuk Johor Darul Takzim II tidak disertakan kerana masih menanggung kecederaan.


Menurut Stange, perlawanan persahabatan antarabangsa ini ialah cara baik untuk pemain menyesuaikan diri bermain sebagai satu pasukan, mengikut corak permainan yang diterapkannya.


"Ia memberi kami lebih banyak masa dan peluang untuk berlatih bersama. Pasukan nasional telah meraih ganjaran hebat dari latihan pusat ke Austria dan perlawanan antara pasukan Piliha Singapura dengan Juventus baru-baru ini," kata Stange.


Singapura ialah juara bertahan Piala AFF Suzuki dan pasukan paling berjaya dengan empat kejuaraan.


Tahun ini, Singapura ditempatkan dalam kumpulan yang sama dengan bekas juara Thailand dan Malaysia.


Tiket perlawanan berharga $12 (Dewasa) dan $3 (konsesi; pelajar berusia bawah 16 tahun dan warga emas berusia lebih 60 tahun) atau $20 (kededua perlawanan) boleh dibeli dari 12 tengah hari, Rabu (3 September) ini menerusi laman web Ticketbooth, di cawangannya atau mesin AXS serata pulau.


Tiket juga dijual di Stadium Hougang mulai 4.30 petang pada hari perlawanan.


25 Pemain yang dipilih


Penjaga gawang


Izwan Mahbud, LionsXII


Hassan Sunny, Warriors FC


 


Pertahanan


Amirul Adli, Courts Young Lions (CYL)


Al-Qaasimy Abdul Rahman (CYL)


Fadli Kamis (CYL)


Baihakki Khaizan (LionsXII)


Afiq Yunos (LionsXII)


Shakir Hamzah (LionsXII)


Safuwan Baharudin (LionsXII)


Madhu Mohana (LionsXII)


Shaiful Esah (Tampines Rovers)


 


Midfield


Shameer Aziq (CYL)


Iqbal Hussain (CYL)


Anumanthan Kumar (CYL)


Zulfahmi Arifin (LionsXII)


Shahfiq Ghani (LionsXII)


Faris Ramli (LionsXII)


Hariss Harun (JDT)


Shahdan Sulaiman (Tampines)


Suria Prakash (Warriors FC)


Adam Swandi (FC Metz)


Stanely Ng (CYL)


 


Penyerang


Sahil Suhaimi (CYL)


Fazrul Nawaz (Home)


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >