NASIB malang yang menimpa pemain midfield berbakat, Shahdan Sulaiman, meningkatkan lagi semangat rakan Singa menjelang pertemuan dua musuh tradisi - Singapura dan Malaysia - dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Negara malam esok.
Kehilangan Shahdan, yang hanya berada di padang sekitar 20 minit sebelum diusung keluar semasa kemenangan ke atas Myanmar kelmarin, membakar semangat dan menjadi motivasi tambahan kepada rakan Singa mencatatkan keputusan baik - bermula dengan pertemuan dengan Malaysia.