SETELAH beberapa tahun bermain di posisi berbeza yang gagal memanfaatkan kemahirannya, Safuwan Baharuddin berasa ghairah dapat kembali ke barisan pertahanan dalam skuad nasional bagi kejohanan Piala Suzuki AFF tahun ini.
Sebelum ini, beliau telah menghabiskan musim 2016-2017 sebagai penyerang bersama bekas kelabnya PDRM FA dalam liga bola sepak tahap kedua, Liga Perdana Malaysia (MPL).