Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pusat ketiga 'Program Cub' bagi pemain cilik perempuan dibuka di Sekolah Menengah Hong Kah 19 Sep

Sep 10, 2015 | 04:32 PM



PUSAT latihan ketiga khusus bagi pemain perempuan di bawah 'Program Cub' - inisiatif latihan bola sepak peringkat akar umbi yang diusahakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) - akan dilancarkan di Sekolah Menengah Hong Kah pada Sabtu, 19 September ini.


Sesi latihan mingguan - 9.15 hingga 10.45 pagi - dibuka kepada murid perempuan sekolah rendah di sekitar kawasan Jurong West yang berminat mengikuti program bola sepak asas dan penuh seronok ini.


Sebelum ini, dua pusat latihan serupa - dikhususkan bagi murid perempuan sekolah rendah - sudah pun dilancarkan di Sekolah Menengah Queensway pada April lalu dan di Sekolah Menengah Bowen bulan lalu.


'Program Cub' adalah inisiatif FAS untuk melihat lebih ramai kanak-kanak meningkatkan kemahiran dalam sukan ini. Ia disasarkan kepada golongan berusia 7-12 tahun.


Pertama kali diumumkan di Mesyuarat Agung FAS tahun lalu, projek yang diterajui Naib Presidennya, Bernard Tan, ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan badan induk sukan itu untuk memperluaskan lagi jaringan bakat muda bola sepak setempat.


Yuran penyertaan ialah $50 yang merangkumi insurans, yuran latihan bagi bulan pertama, jersi, seluar dan sepasang stokin. Mereka dikenakan yuran bulanan $24 selepas itu.


Ibu bapa juga boleh mendapatkan butir lanjut mengenai 'Program Cub' dengan mengajukan soalan ke GrassrootsFootball@fas.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >