Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Program galak lebih ramai golongan kurang upaya belajar renang dilancar

Feb 05, 2024 | 07:05 PM



Bagi menggalak lebih ramai golongan kurang upaya bergiat dalam sukan renang para, satu program belajar berenang telah dilancarkan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) pada 5 Februari.

Dinamakan ‘SwimTogether’ atau Renang Bersama, daya usaha itu bertujuan melengkapi lebih ramai jurulatih renang tempatan dengan kemahiran dan keyakinan untuk mengalu-alukan golongan kurang upaya menyertai dunia renang.

Ia dibangunkan oleh Renang Para Sedunia sebagai sebahagian usaha menjelang penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2025 di Singapura, yang berlangsung di Pusat Akuatik OCBC pada 3 hingga 9 Oktober 2025.

Singapura akan menjadi salah satu negara pertama di dunia untuk melancarkan kurikulum itu, dengan bengkel dijadual diadakan bermula Mei 2024 bersama Siri Dunia Renang Para Citi Singapura.

“Masih terdapat sejumlah besar warga Singapura kurang upaya yang boleh mencari inspirasi, kejayaan dan pencapaian dalam renang para dan sukan para,” kata Presiden SDSC, Dr Teo-Koh Sock Miang, ketika berucap semasa majlis pengumuman tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2025 di Hab Sukan Singapura pada 5 Februari.

Singapura bakal menganjurkan edisi ke-12 Kejohanan Renang Para Dunia, menjadikannya tuan rumah Asia pertama untuk mengadakan acara tertinggi sukan itu, selain Sukan Paralimpik.

Dr Teo menambah acara penting itu akan dapat meletakkan Singapura dalam peta dunia sebagai negara yang komited untuk memperkasa individu dengan semua keupayaan.

“Kami ingin semua orang meraih inspirasi dan keyakinan daripada perenang para yang luar biasa yang akan mereka saksikan pada acara ini.

“Kejohanan Renang Para Dunia 2025 menjanjikan sambutan kepelbagaian, olahraga dan komuniti yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Ketua Renang Para Sedunia, Craig Nicholson, pula berkata: 

“Ini adalah pencapaian besar untuk sukan kami dan juga bukti perkembangan renang para di negara ini dan rantau ini.

“Singapura menjadi tuan rumah Siri Dunia Renang Para Citi buat kali pertama pada 2019 dan sejak itu, kami berpeluang melihat sendiri usaha hebat Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura, menyediakan peluang dan mengatasi halangan untuk golongan kurang upaya dalam masyarakat.”

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.

Beliau berkata penganjuran kejohanan itu penting bagi komuniti sukan orang kurang upaya di Singapura. 

“Ia akan membolehkan atlet Team Singapore kita bersaing dengan perenang para terbaik dunia di laman sendiri dan memberi inspirasi kepada warga Singapura ketika mereka menyaksikan pertandingan itu secara dekat,” kongsinya.

Sementara itu, Encik Tong turut melancarkan patung lilin perenang para dan pemenang lima pingat emas Sukan Paralimpik Singapura, Yip Pin Xiu.

Patung lilin Yip akan dipamerkan di Muzium Madame Tussauds Singapura mulai 6 Februari.

Juara dunia lima kali berusia 32 tahun itu menjadi atlet para tempatan pertama yang ditampilkan di tempat tarikan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >