EMPAT pesilat utama negara, tiga lelaki dan seorang wanita, berlepas ke Tashkent semalam untuk bertanding dalam kejohanan antarabangsa Terbuka Uzbekistan bermula hari ini hingga Rabu depan.
Keempat-empat pesilat tersebut ialah juara dunia, Muhammad Shakir Juanda; juara Sukan SEA Myanmar, Muhammad Nur Alfian Jumaen; Muhammad Iqbal Abdul Rahman dan Nurul Shafiqah Mohd Saiful.
Kejohanan yang memperlihatkan penerimaan silat di negara Asia Tengah itu juga akan digunakan bagi mengukur kemampuan pesilat dan srikandi negara menjelang dua pertandingan besar iaitu Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Phuket, Thailand, Januari ini dan Sukan SEA Singapura Jun depan.