ATLIT, penggiat dan peminat sukan sepak takraw dan silat bakal mendapat rumah baru yang lebih gah, besar dan canggih tidak lama lagi.
Ini kerana pejabat Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) akan berpindah ke Kompleks Bersepadu Bedok yang dijangka siap dibina pada 2017.
Kompleks baru di pusat bandar kejiranan Bedok itu akan turut menempatkan pelbagai kemudahan sukan, riadah dan keluarga seperti kolam renang, gelanggang tenis, badminton, gimnasium, perpustakaan, poliklinik dan sebuah balai rakyat.
Mengalu-alukan pembinaan kompleks dan pemindahan tersebut, Setiausaha Agung Perses, Abdul Halim Kader, berkata:
"Langkah menempatkan pusat kegiatan sepak takraw dan silat di bawah satu bumbung oleh Sport Singapore dan Persatuan Rakyat bersama kemudahan sukan dan riadah lain ini adalah satu penghormatan bagi kami.
""Ini satu perkembangan baik bagi Perses dan sepak takraw kerana kami akan berpindah ke pusat paling moden bagi membolehkan kami menganjurkan acara dan pertandingan peringkat antarabangsa seperti Piala Dunia anjuran Istaf (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan Super Series."
Memberikan pandangannya, Ketua Pegawai Eksekutif Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata perpindahan itu adalah baik bagi kegiatan persilatan.
Luangkan masa anda bersama penyanyi Indonesia, Afgan yang akan beraksi pada hujung minggu ini bersama penyanyi Malaysia Ezad Lazim, Nuha Bahrin, dan Naufal Azrin. Ada juga demonstrasi memasak oleh Cef
Tatkala melancarkan album bahasa Inggeris tiga dekad lalu, penyanyi dan pemuzik Singapura, Art Fazil menyasarkannya kepada pendengar tempatan.
Namun kali ini, beliau mengorak langkah lebih jauh dengan
Lembaga Pemantauan Meta pada 27 Mac menggesa syarikat itu menamatkan larangan menyeluruh terhadap penggunaan biasa perkataan Arab ‘syahid’.
Ini selepas semakan selama setahun yang mendapati pendekatan
Vodafone Jerman berhasrat untuk menjimatkan kira-kira 400 juta euro ($583 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai sebahagian daripada pelan penyusunan semula yang bakal menjejas sekitar 2,000
Gergasi teknologi Microsoft baru-baru ini mengumumkan pelantikan mantan pengasas bersama DeepMind, Encik Mustafa Suleyman sebagai ketua pegawai eksekutif unit kecerdasan buatan (AI) syarikat itu.
Ia
Apabila anda diajak ‘Jalan Raya’, apakah yang dapat anda teroka sambil menyambut Lebaran yang mulia?
Antara 9 dengan 11 Mei, pengkaji dan pendidik seni, Zarina Muhammad, akan bergabung tenaga dengan
Bayangkan cerita rakyat dari Riau, Bawang Putih Bawang Merah, dikembalikan dalam dunia baru yang meneroka erti keberanian, menentang norma masyarakat yang mencabar serta suratan takdir yang tidak
Hospital-hospital di Singapura telah menyaksikan peningkatan permintaan untuk ruang suite bagi ibu hamil yang mesra keluarga, menawarkan suasana bilik yang selesa serta terangkum bagi anggota keluarga
Kata orang, tak boleh dibuat main-main kalau menyentuh soal ‘mak’, ‘ibu’ dan panggilan yang sewaktu dengannya. Orang yang dilihat ‘ganas’ macam mana sekali pun, sekali orang lain berani memperlekehkan
“Cabaran terbesar saya menerbitkan Pesta Raya sepanjang 10 edisi lalu ialah memikirkan cara bagaimana pesta ini kekal segar buat masyarakat. Saya perlu pastikan kita mempunyai program yang membuat

"Ia langkah yang bagus kerana kompleks baru itu mempunyai banyak kemudahan di bawah satu bumbung, semua bersepadu dan mudah dipakai.
"Memandang semuanya (kemudahan) ada di situ, mudah bagi ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti kelas dan kegiatan silat sementara mereka pula, pada masa yang sama, boleh mengisi masa di perpustakaan atau ke balai rakyat."
Menurut Sheik Alauddin lagi, kemudahan lebih moden dan besar juga bakal membolehkan Persisi menganjurkan kejohanan lebih besar seperti Kejohanan Dunia."
ISMAIL ALI